top of page

Perayaan Pongal diharap mencipta anjakan baharu

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Jan 15, 2023
1 min read


Perayaan Pongal yang disambut oleh masyarakat Tamil hari ini diharap akan membawa pembaikan berterusan kepada perpaduan negara.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap pesta kesyukuran tersebut akan menguatkan tekad rakyat melakukan perubahan ke arah yang lebih baik demi keharmonian Malaysia berbilang kaum.


"Masyarakat Tamil meraikan perayaan Pongal sebagai tanda kesyukuran atas rezeki yang bertambah.


"Selainnya, hari besar penganut Hindu ini turut menjadi simbol dan pemangkin bagi menolak amalan atau sikap lama dan mengangkat perubahan serta mencipta anjakan baru," katanya dalam perutusan sempena perayaan Pongal hari ini.


Anwar berharap negara akan lebih sejahtera dan ceria sepanjang tahun.


"Semoga perayaan tahun ini juga dapat memberi kesejahteraan, keceriaan dan kesihatan yang lebih sempurna untuk semua.

Selamat Hari Pongal kepada seluruh komuniti Tamil di Malaysia," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page