top of page

Perayaan meriah dengan kestabilan politik, ekonomi baik - MPN Sarawak

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Dec 25, 2023
1 min read


Perayaan Krismas 2023 disambut dengan meriah berikutan kestabilan politik yang dibawa oleh Pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim sepanjang setahun lalu.


Hal itu diungkapkan dalam perutusan Krismas daripada Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Sarawak.


"MPN Sarawak ingin mengucapkan Selamat Hari Krismas dan Tahun Baru 2024 kepada semua rakyat Malaysia yang merayakannya.


"Tahun 2023 ialah tahun perpaduan dam kestabilan. Rakyat meletakkan harapan tinggi kepada Kerajaan Perpaduan yang ditunjangi KEADILAN untuk memulihkan ekonomi rakyat dan negara.


"Kita bersyukur atas perkembangan ekonomi yang semakin baik," kata perutusan berkenaan.


MPN Sarawak juga berharap perjuangan reformasi yang masih banyak perlu dilaksanakan diteruskan oleh Kerajaan Perpaduan.


"Bersama kita membuat tekad politik untuk meneruskan perjuangan reformasi dalam konteks Kerajaan Perpaduan dan Malaysia Madani pada tahun 2024," kata kenyataan itu lagi.

Abun Sui Anyit


Dalam pada itu, Timbalan MPN Sarawak, Abun Sui Anyit berharap rakyat yang merayakan Krismas hari ini selamat menuju ke destinasinya.


"Selamat menyambut Hari Krismas 2023 kepada semua. Semoga perjalanan anda menuju destinasi dalam keadaan baik dan selamat


"Semoga Krismas ini membawa peningkatan keyakinan kepada semua dan berkat berkelimpahan," katanya lagi.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page