top of page

Perayaan Krismas, suburkan keharmonian berbilang kaum



Perayaan Krismas hari ini seharusnya disambut dengan meriah dan perasaan muhibah dalam kalangan rakyat Malaysia.


Bagi Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, perayaan penganut Kristian itu boleh digunakan oleh rakyat untuk kunjung mengujung dan saling menghormati.


"Selamat menyambut Hari Natal buat semua masyarakat beragama Kristian di seluruh negara.


"Semoga perayaan tahun ini disambut dengan meriah bersama keluarga tercinta," katanya yang juga Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia.


Manakala Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN, R Ramaman pula dalam kenyataannya mengharapkan penganut Kristian dan rakyat Malaysia bersama sama merayakan Krismas dengan hati yang lapang dan gembira.


"Semoga hati anda dipenuhi kelapangan, perayaan yang meriah, dan masa bersama orang tersayang dipenuhi dengan kemesraan dan gelak ketawa," katanya.


Sementara itu, Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN, Chua Wei Kiat berharap perayaan Krismas akan menyuburkan keharmonian dalam negara.


"Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut perayaan Krismas kepada semua penganut agama Kristian di Malaysia.


"Kita perlu bersyukur kerana negara Malaysia masih menyuburkan keharmonian dalam hubungan antara masyarakat berbilang kaum dan agama serta keamanan negara yang berkekalan.


"Kita pastikan impian seluruh rakyat untuk menggapai cita-cita membina Malaysia yang demokratik, bebas, maju dan makmur akan tercapai," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page