top of page

Perayaan 'Hantu Lapar', tahun ini lapar kuasa?


Oleh: Andre Lai


Bulan 7 dalam kalendar Cina merupakan satu perayaan 'Hantu Lapar' disambut sepanjang bulan dalam kepercayaan kaum Cina. Perayaan membawa pelbagai nama ‘Yu Lan’, ‘Zhong Yuan’ atau lebih popular di kalangan kaum Cina di Asia Tenggara ia dikenali dengan nama ‘Hungry Ghost Festival’. Dipercayai bulan ini, pintu neraka dibuka dan ‘hantu’ dalam perjalanan menuju alam manusia memenuhi nafsu selera makan. Kecelakaan akan berlaku atas mereka yang kurang bernasib baik terutamanya waktu malam.


Hari utama untuk perayaan ini adalah pada hari ke 15, atau tahun ini 22 Ogos 2021. Perayaan ini bukan satu sambutan yang gembira – ia adalah satu perayaan yang sedih. Namun tahun ini lebih menyedihkan, kerana bulan 7 kali ini melihat kemunculan ‘hantu’ yang seringkali mencetus krisis perlembagaan dan kacau bilau politik negara.


Sekutu menarik sokongan


Drama bermula, apabila Perdana Menteri sebelum ini telah terpaksa meletak jawatan akibat sebahagian sekutunya menarik sokongan. Kemelut ini berterusan apabila Perdana Menteri tersebut telah membuat tawaran dan pelbagai helah bagi mempelawa pihak satu lagi untuk bekerjasama dengannya. Episod berakhir apabila Perdana Menteri terpaksa meletak jawatan dan bermulalah satu lagi episod baru 'Hantu Lapar' merangka perjalanan mendapatkan kuasa sebagai Perdana Menteri baru.


Dalam tempoh beberapa hari ini rakyat jelata disajikan pelbagai ceritera dan terpaksa menghadap media sosial dan media massa untuk memastikan Ahli Parlimen mereka telah menunaikan tanggungjawab menghantar surat akuan (SD) berkenaan dengan pilihan PM baru. Pelbagai khabar angin dan berita yang tidak diketahui asal-usulnya telah memenuhi ruang siber.


Dalam keadaan negara kini, rakyat berharap mendapatkan seorang pemimpin yang berkaliber untuk membawa Malaysia keluar daripada kemelut semasa. Malaysia tidak mampu membiayai satu lagi rejim 'biawak pasir' yang hanya akan menjahanamkan lagi keadaan negara kita.


Krisis politik, kesihatan


Ketika artikel ini ditulis, Malaysia sekali lagi memecah rekod dengan angka hampir 23,000 kes harian Covid 19 – hasil daripada kegagalan kerajaan Perikatan Nasional. Pagi 18 Ogos 2021, bas-bas membawa Ahli Parlimen bekas kerajaan ke Istana Negara untuk memberi kepastian terhadap surat akuan yang mereka buat.


Malaysia kini mengalami dilema krisis ‘healthcare’, ekonomi dan kesejahteraan rakyat setelah bertahun terumbang ambing. Para netizen membawa kemarahan mereka ke ruang siber untuk meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan mereka yang mencabul mandat rakyat PRU lepas. Gelaran seperti hantu, katak dan penyangak antara nama yang kurang senonoh diberikan kepada ahli politik.


Kemuliaan Perlembagaan harus dipelihara. Menjunjung Kasih Tuanku, tidak pernah dalam sejarah pembentukan negara, Seri Paduka Baginda yang disanjungi tinggi terpaksa berusaha sendiri menyelesaikan kemelut krisis yang lantas menyaksikan negara mendapatkan tiga Perdana Menteri dalam masa 3 tahun saja!


_________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan dan Ketua Cabang Wangsa Maju

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page