top of page

Negara ASEAN amal catuan bahan api, tutup stesen minyak hadapi krisis

  • Writer: Akmal Manaf
    Akmal Manaf
  • 8 hours ago
  • 1 min read

Beberapa negara Asia mengambil pendekatan berbeza dalam menangani krisis tenaga global yang terus memberi tekanan kepada bekalan dan kos bahan api, dengan langkah meliputi kawalan penggunaan, pengurusan bekalan dan perubahan tingkah laku pengguna.


Di Malaysia pendekatan lebih bersasar diambil Kerajaan MADANI melalui pelaksanaan subsidi bahan api yang ditumpukan kepada kumpulan tertentu.


Selain itu, kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menggalakkan amalan bekerja dari rumah bagi agensi terpilih dan memperluas penggunaan pengangkutan awam bagi mengurangkan kebergantungan kepada bahan api.


Di Filipina setakat 10 April, kerajaan negara itu bertindak menutup sementara sebahagian stesen minyak sebagai langkah mengawal permintaan, di samping memperhebat kempen penjimatan bahan api dan memperkukuh pemantauan rantaian bekalan bagi memastikan pengagihan kekal stabil.


Indonesia memilih pendekatan lebih langsung terhadap pengguna dengan mengenakan had pembelian bahan api sehingga 50 liter sehari.


Pada masa sama, sektor awam di negara republik itu turut diarahkan bekerja dari rumah, selain pengurangan penggunaan kenderaan kerajaan bagi menurunkan permintaan bahan api secara keseluruhan.


Manakala Thailand melaksanakan catuan minyak sebagai langkah drastik, selain mengehadkan waktu operasi stesen minyak.


Kerajaan negara Gajah Putih itu turut menggerakkan kempen penjimatan elektrik sebagai usaha menyeluruh mengurangkan tekanan terhadap sumber tenaga.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page