top of page

Malaysia perkukuh peranan bentuk dasar perburuhan di ILC Geneva

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • 1 hour ago
  • 1 min read
DS Ramanan (tengah) di Persidangan Buruh Antarabangsa (ILC) ke-114 di Geneva
DS Ramanan (tengah) di Persidangan Buruh Antarabangsa (ILC) ke-114 di Geneva

Malaysia terus memperkukuh peranannya dalam pembentukan dasar dan norma perburuhan global yang lebih mampan, adil dan progresif dalam mendepani cabaran masa hadapan.


Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan berkata, usaha itu terbukti menerusi penyertaan aktif Malaysia di Persidangan Buruh Antarabangsa (ILC) ke-114 di Geneva.


"Penyertaan Malaysia di ILC kali ini memperkukuh kedudukan negara sebagai suara yang konstruktif dan berpengaruh di peringkat global.


"Di bawah kepimpinan Kerajaan MADANI, Malaysia kekal konsisten dalam memperteguh kerangka, norma dan pendekatan baharu bagi mengurus transformasi dunia pekerjaan yang berubah pantas, didorong kemajuan teknologi, pendigitalan serta ketidaktentuan rantaian bekalan global," katanya dalam kenyataan.


Ahli Parlimen Sungai Buloh turut memaklumkan, Malaysia mengambil peluang berkongsi pengalaman melaksanakan pelbagai inisiatif di persidangan berkenaan, termasuk Akta Pekerja Gig dan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (LINDUNG 24 Jam).


Pada masa yang sama, Malaysia turut memperkukuh kerjasama dengan institusi antarabangsa bagi agenda perlindungan sosial, keselamatan pekerjaan, dan hubungan industri, selain meluaskan penglibatan dalam Gabungan Global bagi Keadilan Sosial.

"Malaysia menegaskan menegaskan keperluan memperkukuh perlindungan sosial, meningkatkan kemahiran tenaga kerja dan memperkasa dasar lebih responsif bagi berdepan cabaran yang semakin kompleks.


"Ia termasuk kepentingan kerjasama antara kerajaan, majikan dan pekerja dalam memastikan tadbir urus perburuhan yang mampan, di samping meningkatkan keyakinan komuniti antarabangsa terhadap kerangka dasar negara," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page