top of page

Perayaan Dong Zi disambut ringkas Ranting KEADILAN Ampang

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Dec 21, 2021
  • 2 min read


Tahun 2021 ditanggapi umum sebagai tahun bencana dan kurang sesuai untuk menyambut perayaan.


Namun beberapa Ranting KEADILAN di Ampang, Selangor bergabung untuk menyambut perayaan Dong Zi atau Winters Solstice yang jatuh pada hari ini.


Perayaan Dong Zhi dianggap sebagai sambutan yang paling penting untuk masyarakat Cina tempatan kerana asal-usul perayaan ini disusur galur kepada falsafah Yin dan Yang tentang keseimbangan dan keharmonian dalam kosmos.


Sehubungan itu, Ketua Ranting Jalan Merdeka, Bob Yap dan Ketua Ranting Taman Cahaya, Low Tien Hua membuat keputusan untuk menjalankan sambutan serba ringkas bersama ahli ahli Ranting.


Mereka bersama-sama membuat ‘tangyuan’, sejenis makanan yang diperbuat daripada tepung pulut dalam bentuk bebola dan hidangan sup tangyuan itu diagih-agihkan kepada penduduk setempat, sebagai peringatan perayaan itu perlu disambut walaupun dalam keadaan yang sukar.


"Tradisi kebudayaan tidak harus dilupa. Ini adalah intipati masyarakat Cina Malaysia yang unik dan harus diteruskan kepada generasi akan datang," kata Low.

Tradisi membuat makanan bersama jangan ditinggal

Menurut beliau, sambutan kali ini dibuat di sebuah restoran di Jalan 16, Kampung Baru Cina Ampang.


"Walaupun ringkas, ia tetap meriah kerana ia mengingatkan kita betapa pentingnya kami menyambut perayaan bersama," kata Bob Yap.


Sambutan diraikan bersama pimpinan KEADILAN Patrick Ang dan Andre Lai, Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan.


Andre melahirkan rasa gembira dengan program yang diadakan pada petang semalam itu, walaupun sederhana tetapi meriah.


"Kesinambungan kebudayaan merupakan identiti masyarakat Tionghua di Malaysia. Ahli-ahli kami cukup semangat dengan baju KEADILAN Untuk Semua. Satu usaha yang amat baik," katanya.


Pada falsafahnya, Winter Solstice adalah hari paling ringkas, atau malam yang paling panjang, pada sesuatu tahun itu


Selepas perayaan ini, akan terdapat hari dengan waktu siang yang lebih panjang dan akan ada peningkatan tenaga positif yang mengalir masuk. Oleh itu, ramai yang beranggapan berlalunya Dong Zi setiap orang akan menjadi satu tahun lebih tua.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page