Peraturan cermin gelap kepada kenderaan persendirian yang diperkenalkan pada 2019 akan dikuatkuasakan secara lebih tegas.
Hal itu dinyatakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut JPJ, peraturan tersebut telah diwartakan di bawah Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991 (Pindaan 2019).
Dalam peraturan itu, kata kenyataan itu, kegelapan pada cermin hadapan dalam Subkaedah (1) adalah 70% penembusan cahaya; Cermin tepi sisi kiri kanan pemandu Subkaedah (3), 50% penembusan; dan Cermin sisi bahagian belakang serta cermin belakang berdasarkan Kaedah 12 (1) (b) adalah 0%.
JPJ mengingatkan pemandu atau pemunya berdaftar kenderaan yang melanggar peraturan adalah melakukan kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan bagi kesalahan pertama.
Manakala bagi sabitan berikutnya pula, denda tidak melebihi RM4,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan, atau kedua-duanya sekali.
"Oleh itu, JPJ tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas kepada pemandu atau pemilik kenderaan yang gagal mematuhi peraturan penggunaan cermin gelap yang ditetapkan.
"Berdasarkan rekod, JPJ telah mengeluarkan sebanyak 108,428 notis kesalahan yang melibatkan cermin gelap sejak tahun 2019. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 17,218 telah dikenakan saman JPJ(P)22 yang melibatkan kesalahan cermin gelap.
"JPJ juga ingin menasihati orang awam supaya sentiasa mematuhi peraturan peraturan sedia ada yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun, selaras dengan peraturan penggunaan cermin gelap kepada kenderaan persendirian, mana-mana individu atas faktor keselamatan atau kesihatan boleh memohon kelulusan untuk menggunakan cermin gelap (selain daripada kaedah yang ditetapkan)," kata kenyataan itu.
Menurut JPJ, permohonan untuk menggunakan cermin gelap di luar pertaruan ditetapkan boleh dipohon melalui pos atau portal JPJ www.jpj.gov.my.
Tambah kenyataan itu, Jabatan Pengangkutan Jalan sentiasa berusaha menguatkuasakan undang undang dan peraturan-peraturan jalan raya bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan pengguna jalan raya terpelihara.
Bagi pendapat saya senang saja kenapa pihak JPJ sendiri tak buka kedai tinted itukan lebih baik pihak JPJ sendiri boleh keluar surat kebenaran menggunakan cermin gelap mengikut akta pengangkutan jalan, sama juga dengan no plate JPJ boleh sediakan ikut spek yang diluluskan oleh JPJ sendiri.
Jangan nak hukum pemilik kenderaan aje. Gempur kedai accessory kereta Yang jual tinted. Justified peraturan ini kpd mereka Dan inspect tinted2 Yang Ada dikedai mereka. Pengguna bukannya Ada mata bionic untuk inspect peratusan kegelapan tinted sepertimana 'diwartakan di bawah Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991 (Pindaan 2019)'. Sambil buat inspection kekedai accessory kereta Tu ajak sekali immigration sebab dah ada Bangladeshi buka kedai jual tinted kereta, nampak dipekan Ulu Yam Dan Banting.