RUU pengasingan Peguam Negara, Pendakwa Raya: Libat urus bersama NGO
- Suara Keadilan

- 2 hours ago
- 1 min read

Agenda reformasi institusi yang sedang diusahakan pentadbiran Kerajaan Madani terus menunjukkan perkembangan positif.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said (gambar) berkata, sesi libat urus bersama badan bukan kerajaan (NGO) berhubung cadangan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya telah selesai dilaksanakan.
"Mereka bagi pandangan untuk membuat pindaan pada draf asal... itu pandangan NGO dan pertubuhan masyarakat.
"Cadangan-cadangan dari sesi itu akan dibawa ke peringkat kedua Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat pada 9 April ini untuk dibincangkan," katanya dipetik.
Azalina berkata begitu kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Persatuan Pendidikan Undang-Undang Komanwel (CLEA) di Kuala Lumpur pada Jumaat.
Pada 3 Mac lepas, Dewan Rakyat pada 3 Mac lalu bersetuju supaya Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas untuk memberi ruang kepada semua pihak berkaitan memperhalusi dan menelitinya.
Azalina sementara itu berkata, beliau amat terbuka terhadap semua pandangan dan tidak mempunyai sebarang masalah untuk menerimanya.
"Namun, kita mengamalkan prinsip demokrasi… yang penting dalam proses bermusyawarah ini, kita mencapai persetujuan bersama," katanya.




Comments