top of page

Perasuah berlindung di keliling Pas atau keliling PH?



Sikap Pas yang suka menuduh secara semberono kononnya Pakatan Harapan (PH) dikelilingi perasuah amat tidak bertanggungjawab.


Menurut Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad, tulisan terbaharu Presiden Pas, Hj Hadi Awang kononnya "Ramai dalam kalangan PH yang tidak beriman (beraqidah) dan bermoral (berakhlak) secara terbuka, mengumpulkan kumpulan pemberi rasuah dan penerima rasuah" sebenarnya lebih menggambarkan situasi dalam Pas berbanding kalangan pimpinan PH.


Katanya, PH percaya Hadi membuat kenyataan tersebut bagi menyembunyikan sikap sebenar Pas yang lunak terhadap rasuah apabila Pas mempertahankan individu atau kumpulan pelaku rasuah yang telah dibuktikan bersalah di mahkamah termasuk yang telah dipenjarakan.


"Apatah lagi ia dibuat ketika portal Sarawak Report menegaskan mereka ada bukti Pas menerima wang dari Umno dan juga tindakan Hadi menarik balik saman beliau terhadap Sarawak Report (pemilik portal berkenaan).


"Sikap tidak bermoral Pas sebagai sebuah parti yang menggunakan nama Islam berkawan dan mempertahankan pelaku rasuah telah memberikan gambaran yang salah tentang kesucian dan ketegasan Islam dalam menjaga harta negara dan kepentingan awam.


"Islam mengajar umatnya untuk membenci rasuah dan menolak pelaku rasuah.


"Seharusnya Pas mengambil sikap yang lebih tegas dalam menolak parti dan kepimpinan parti yang mengamalkan budaya rasuah seperti Umno," katanya dalam satu kenyataan.


Selain itu, Ahli Parlimen Shah Alam berkenaan mencabar Pas untuk tidak lagi menerima tawaran jawatan dalam menukar sokongannya kepada kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga merupakan salah satu cabang rasuah.


Sebaliknya, kata Khalid, trek rekod PH dalam menentang rasuah terbukti dengan pemenjaraan bekas PM Najib Razak.


"Pas seharusnya menolak amalan menerima tawaran jawatan sebagai habuan sokongan untuk kuasa sepertimana yang berlaku semasa pembentukan kerajaan Perikatan Nasional kerana ianya juga satu bentuk rasuah


"Sebaliknya sikap tegas PH terhadap rasuah telah dibuktikan dengan kejayaan kerajaan terdahulu membawa pelaku rasuah dalam skandal 1MDB ke muka pengadilan. Ini memberi mesej tegas bahawa harta negara dan khazanah awam mesti dipertahankan dengan penuh amanah.


"PH juga telah menubuhkan Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) sebagai sebuah agensi pengukuhan amalan urustadbir baik dan anti-rasuah. Dalam tempoh yang singkat GIACC telah berjaya melaksanakan beberapa inisiatif dalam melawan amalan rasuah dalam pentadbiran negara," katanya.


Tegas Khalid lagi, rekod cemerlang PH itu boleh diteliti rakyat apabila melihat Indek Persepsi Rasuah (IPR) Malaysia pada tahun 2019 menunjukkan kenaikan skor IPR yang tertinggi sebanyak 53 mata sambil meraih kedudukan pada tangga 51 daripada 180 negara.


Manakala semasa Pas menjadi sebahagian daripada Kerajaan PN pada tahun 2020, Malaysia telah menerima skor yang lebih rendah sebanyak 51 mata dengan jatuh kedudukan pada tangga 57 dan kini terus menjunam pada tahun 2021 setelah mendapat skor sebanyak 48 dan berada di kedudukan tangga 62 daripada 180 negara yang terlibat.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page