top of page

Perasmian Kongres AMK, Wanita KEADILAN Khamis, 22 Mei - Dr Fuziah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 5 hours ago
  • 2 min read


Kongres Nasional Angkatan Muda KEADILAN (AMK) dan Kongres Nasional Wanita KEADILAN bagi tahun 2024/2025 akan diadakan pada Khamis 22 Mei.


Menurut Setiausaha Agung KEADILAN, Dr Fuziah Salleh, terdapat kekangan sekiranya kongres bagi kedua dua sayap parti berkenaan dimulakan lebih awal.


Oleh itu, katanya, satu tarikh baharu telah dipersetujui untuk memudahkan urusan dan penyelenggaraan kongres berkenaan.


"Pejabat Setiausaha Agung ingin memaklumkan keputusan terkini berhubung tarikh Kongres Nasional AMK dan Kongres Nasional Wanita KEADILAN bagi tahun 2024/2025


"Maklumbalas ini adalah hasil daripada permohonan rasmi yang dikemukakan oleh Angkatan Muda KEADILAN dan Wanita KEADILAN bertarikh 7 Mei 2025, yang mengambil kira kebimbangan terhadap kekangan logistik dan komitmen kerja para perwakilan sekiranya kongres diadakan pada 21 Mei 2025 dan 22 Mei 2025 sebagaimana kenyataan Setiausaha Agung sebelum ini," kata Dr Fuziah.


Menurut beliau, setelah diteliti maka Pejabat Setiausaha Agung bersetuju untuk kongres nasional kedua dua sayap itu dilaksanakan pada hari Khamis.


"Majlis Perasmian Bersama akan diadakan seperti yang dijadualkan pada Khamis, 22 Mei 2025, jam 8.00 malam bertempat di JB Expo, Berjaya Waterfront Hotel, Johor Bahru.


"Kongres Nasional Angkatan Muda KEADILAN dan Kongres Nasional Wanita KEADILAN akan diteruskan pada Jumaat, 23 Mei 2025 dari jam 7.00 pagi hingga 6.00 petang di lokasi yang telah ditetapkan," katanya dalam kenyataan.


Manakala pemilihan Parti 2025, kata Dr Fuziah, bagi peringkat Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Majlis Pimpinan Angkatan Muda KEADILAN (MPAMK), dan Majlis Pimpinan Wanita KEADILAN (MPWK) akan dilangsungkan pada hari yang sama, 23 Mei 2025.


Pemilihan MPAMK dilakukan di Berjaya Waterfront Hotel, Johor Bahru dan Pemilihan MPWK di Danga Bay Convention Centre, Johor Bahru


"Penyelarasan ini diambil demi memastikan kelancaran pelaksanaan kongres serta memberi ruang yang lebih selesa kepada semua perwakilan untuk menyertai proses demokrasi parti secara aktif dan efektif," kata Fuziah lagi.


Untuk rekod, Kongres Nasional 2025 mengunjurkan kira-kira 10,000 perwakilan akan hadir mengundi secara fizikal dan lebih 20,000 perwakilan akan mengundi secara dalam talian.



PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page