top of page

Perarakan Pemuda Pas: Cuba suburkan doktrin Islam jalur keras?



Pelbagai pihak tertanya tanya mengenai tujuan Pemuda Pas Terengganu menganjurkan perarakan 'perajurit' mengenakan pakaian ala tentera era abad pertengahan pada acara Himpunan Pemuda Islam Terengganu 2023 yang bertempat di Bari Beach Indah Resort, Setiu, semalam.


Menurut Biro Komunikasi dan Penerangan KEADILAN Cabang Kemaman, perarakan tersebut tidak seharusnya dilakukan melainkan Pas cuba mempromosikan fahaman Islam jalur keras di negara ini.


"KEADILAN Kemaman mendesak pemuda Pas menjawab persoalan yang bermain di dalam fikiran masyarakat terutama di Terengganu, adakah Pas sedang menyuburkan fahaman Islam jalur keras di negeri ini?


"Di dalam gambar yang tular di media sosial, perhimpunan tersebut memaparkan perarakan sekumpulan anak-anak muda berpakaian seolah olah baju besi askar ketika zaman pertengahan (di Eropah) dahulu. Ini termasuklah perarakan replika pedang bersaiz besar yang diletakkan di atas pacuan empat roda.


"Perhimpunan ini seolah olah ingin menonjolkan sifat ganas dan perperangan. Adakah ini yang cuba ditanam dalam pemikiran anak muda oleh Pas pada hari ini?" kata kenyataan KEADILAN Kemaman.

Replika pedang gergasi yang dibawa berarak

Menurut kenyataan itu lagi, doktrin Islam jalur keras atau ekstremisme adalah tidak sesuai dan ditolak oleh majoriti masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.


Justeru, fahaman tersebut, kata kenyataan itu akan menjadi ancaman terhadap perpaduan dan keharmonian masyarakat negara ini.


"Dalam hal ini gagasan Malaysia Madani adalah lebih baik dengan menekankan fahaman Islam yang sederhana dan dapat diterima serta diamalkan sesuai dengan kemajmukan masyarakat," kata KEADILAN Kemaman lagi.


Berkongsi isu sama, pemimpin Amanah Kelantan, Mohd Hisyamuddin Ghazali (Syam Ghaz) dalam kenyataannya berkata perarakan tersebut mempunyai unsur provokasi, terutama apabila Pemuda Pas membawa alat senjata tiruan seperti pedang dan tombak.

Kostum baju besi ala tentera empayar Othoman

"Kita dah nak berperang ke?


"Jika tengok kepada aturcara, program ini lebih kepada himpunan ahli Pas. Bukannya sambutan Israk Mikraj (sebagaimana dinyatakan)," katanya dalam catatan di Facebook.


Syam Ghaz turut kesal kerana jika perarakan serupa itu dilakukan oleh musuh politik Pas maka akan pastilah pelbagai fatwa mengecam akan dikeluarkan oleh para pimpinan parti Pas.


Selain itu, beliau juga berkata unsur provokasi yang dilakukan tersebut boleh disiasat di bawah Seksyen 7(1)(a) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 sekiranya ada pihak yang membuat laporan polis.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page