top of page

Perarakan Pas: KEADILAN Kemaman puji teguran pantas KDN

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Feb 21, 2023
  • 1 min read


Perhatian dan teguran segera diberikan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap isu yang timbul susulan perarakan menggunakan 'replika bersenjata tajam' melibatkan Pemuda Pas di Setiu, Terengganu pada 17 Februari lalu dipuji.


Menurut KEADILAN Cabang Kemaman, teguran segera itu bagi mempertahankan keharmonian masyarakat berbilang kaum di Malaysia dan tidak sewajarnya sebarang bentuk provokasi atau unsur ekstrimisme wujud memecahkan kedamaian.


"KEADILAN Kemaman memuji tindak balas segera KDN atas kegusaran masyarakat yang timbul berhubung isu perarakan itu.


"Sebarang bentuk ekstrimisme tidak boleh dibiarkan subur di negara ini. Justeru itu KEADILAN Kemaman menyeru segenap masyarakat berpegang teguh kepada asas rukun negara dan juga perpaduan di negara ini," tegas kenyataan Biro Penerangan dan Komunikasi KEADILAN Kemaman.


Pada Ahad, warganet mempersoal tindakan peserta perarakan Himpunan Pemuda Islam Terengganu 2023 (Himpit) yang mengenakan pakaian kostum pahlawan bersenjata abad pertengahan yang seolah-olah mahu berperang.


Acara itu itu dikongsikan di media sosial dalam bentuk klip video diiringi latar belakang nasyid dalam bahasa Arab yang jelas menekankan tema peperangan.


Berdepan kritikan hebat, pemimpin-pemimpin Pas kemudian mempertahan perarakan itu dan menyamakannya dengan acara cosplay, perarakan Hari Kebangsaan serta Hari Pahlawan atau persembahan opera.


Menteri KDN, Datuk Seri Saifuddin Nasution dalam kenyataan semalam menegaskan apa jua tindakan yang meluahkan semangat dengan diselangi dengan simbol ketenteraan amatlah tidak wajar, apatah lagi ketika suhu politik di beberapa negeri yang bakal berdepan dengan pilihan raya negeri semakin memuncak.


Saifuddin juga memberi amaran kepada semua pihak agar menghentikan perbuatan yang berpotensi menimbulkan huru-hara.


"Tindakan tegas akan diambil kepada sebarang elemen yang mengancam ketenteraman, keharmonian dan keselamatan rakyat," katanya semalam.


Sementara itu, KEADILAN Kemaman menyeru semua pihak untuk berganding bahu menolak sebarang bentuk fahaman esktremis demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan negara.


Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page