top of page

Peranti internet Starlink bukti kerajaan selesai masalah intenet

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Jul 28, 2023
1 min read


Pemberian peranti pengakses internet Starlink (gambar atas) berasaskan satelit orbit rendah kepada UiTM kampus Kuala Pilah menjadi bukti kerajaan bertekad untuk menyelesaikan segera masalah ketersambungan internet untuk pelajar.


Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Fadzil berkata peranti berkenaan merupakan langkah penyelesaian sementara ketersambungan internet sebelum satu penyelesaian jangka panjang dikemukakan.


Katanya, pihak kementerian akan mendapatkan maklum balas daripada UiTM bagi menilai keserasian dan kesesuaian pelaksanaan Starlink sebagai langkah penyelesaian interim.


"Hari ini Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyerahkan unit pertama Starlink kepada UiTM Kuala Pilah sebagai bukti konsep usaha untuk menyelesaikan masalah Internet dihadapi pelajar-pelajar di dewan kuliah.


"Pada masa yang sama saya difahamkan pihak UiTM juga sedang menunggu peruntukan untuk menyelesaikan masalah titik capaian wifi di sekitar kampus yang perlu dipasang penghala wifi. Ini mengambil masa jadi sementara waktu kita akan gunakan Starlink," katanya semalam.


Selain itu, jelas Fahmi, beliau selepas ini akan berhubung dengan Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah bagi mengenal pasti kawasan yang memerlukan perkhidmatan internet satelit bagi menyelesaikan masalah kesalinghubungan khususnya di kawasan pedalaman.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page