top of page

Perangi rasuah bukan agenda baharu, diperjuang Anwar sejak 5 dekad



Oleh: Helmi Mohd Foad


Tuduhan pembangkang kononnya Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang melakukan penyiasatan anti rasuah secara terpilih ke atas musuh politik beliau merupakan satu tohmahan jahat.


Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Mohd Yahya Mat Sahri berkata, agenda memerangi rasuah Datuk Seri Anwar bukanlah sesuatu yang baharu tetapi konsisten diperjuangkannya sejak memimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) pada 1970an lalu.


Oleh itu, katanya, rakyat tidak perlu terkejut apabila agenda itu direalisasikan ketika Anwar berkuasa sebagai PMX hari ini.


"Dia bercakap soal tatakelola, banteras rasuah, Islam dan masyarakat - bukan benda baharu. Sejak dari muda, dari zaman belia bersama ABIM dan ketika masih dalam UMNO, dalam Kabinet, jadi Ketua Pembangkang, masuk penjara dan keluar, dia cakap benda yang sama


"Itu boleh semak ucapan dan tulisan-tulisan beliau kalau rasa ragu. Bila jadi PM dia cakap benda yang sama tentang tatakelola, urustadbir, mesti ikut lunas undang-undang di semua peringkat (adalah menyambung agenda lalu)," katanya kepada Suara Keadilan.


Malah, jelas Yahya, akibat perjuangan anti korupsi itulah Anwar pernah dijatuhkan dari kedudukan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1998 lalu.


Anwar, katanya, pada 1997 telah membentangkan akta pencegahan rasuah yang lebih ketat dan membolehkan kes rasuah dibuka semula biar pun setelah berpuluh tahun dan pindaan itu kekal menjadi undang undang sehingga kini.


Atas sebab itu, katanya, Dr Mahathir dan Daim memusuhi Anwar pada 1997 - 1998.

"Dulu kes rasuah kalau lepas 10 tahun berhenti pegang jawatan menteri, kes tidak boleh bongkar. Tetapi bila dipinda walaupun berapa tahun, walau dah tidak ada dalam urusan (negara), pendakwaan masih boleh dibuat," katanya


Yahya yang juga merupakan pejuang awal reformasi, meninggalkan UMNO untuk bersama menubuhkan KEADILAN berkata, Dr Mahathir sewajarnya berterima kasih kepada Anwar kerana membantu beliau untuk menjadi PM kali kedua pada 2018, bukannya berusaha menjatuhkan PMX.


Katanya, beliau sendiri terlibat dalam meminta persetujuan Anwar di penjara Sungai Buloh pada 2017 sebelum Tun M boleh berkempen di atas platform PH.


"Saya antara orang yang diberi arahan oleh Kak Wan (Datuk Seri Dr Wan Azizah), Presiden KEADILAN. Waktu itu Anwar di penjara, saya ketika itu Pesuruhjaya Sumpah membawa dokumen berkaitan dengan mahkamah, saya masuk melawat dan antara soalan yang diminta oleh Kak Wan adalah berkaitan dengan kerjasama Dr Mahathir dalam PH, boleh atau tidak.


"Anwar tidak memberikan kata putus dalam sekali pertemuan, tapi yang ketiga barulah beliau bercakap dengan saya dan Kak Wan, boleh teruskan kerjasama untuk bawa Dr Mahathir dalam PH," katanya lagi.


Bagaimanapun hal itu tinggal sejarah, kata Yahya, apabila Tun M tidak berpegang kepada janji untuk menyerahkan kuasa kepada Anwar selepas setahun memerintah bagi meneruskan reformasi politik di Malaysia.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page