top of page

Perangi kelompok khawarij bantutkan usaha perpaduan - Mujahid Yusof



Pengerusi Pakatan Harapan Perak, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, pembangkang tidak pernah senang dengan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan Perpaduan sepanjang hampir setahun setengah memerintah Malaysia.


Katanya, wujud banyak percubaan untuk menjatuhkan kerajaan dan racun berbisa yang mereka gunakan adalah agenda perkauman dan Islam sempit atau gerakan ala khawarij.


"Ada pihak tertentu yang cemburu kepada kita, ada pihak tertentu yang sentiasa memandang kita dengan mata kebencian dan permusuhan.


"Kejayaan kita adalah kekecewaan bagi mereka. Kegagalan kita adalah kegembiraan bagi mereka.


"PN khususnya akan menggunakan satu satunya talian hayat yang ada pada mereka. Mereka akan menggunakan hanya satu modal yang ada dengan menimbulkan naratif politik yang bernuansakan perkauman sempit dan sentimen keagamaan yang sempit.


"Mereka sanggup untuk mengamalkan politik takfiri bagi melahirkan rakyat supaya lari dari cita cita perpaduan ini. Mereka sanggup menggadaikan ayat Allah untuk mewajarkan kesucian mereka dari kelompok lain. Kita mengisytiharkan perang kepada kelompok khawarij yang akan membantut usaha usaha perpaduan kita," katanya dalam ucapan pembukaan Konvensyen Kerajaan Perpaduan Perak di Ipoh pagi ini.


Justeru Mujahid mahu setiap ahli dan penyokong Kerajaan Perpaduan menyebarkan mesej kerajaan kepada rakyat.


Beliau berharap dengan usaha bersungguh sungguh menyebarkan mesej keharmonian itu akan menggerakkan gelombang perpaduan dalam kalangan rakyat menentang gelombang khawarij.


"Saya seru kita mulakan pula gelombang perpaduan," kata beliau selepas membacakan serangkap pantun sebeum mengakhiri ucapannya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page