top of page

Perang Palestin-Israel: Tahap keselamatan Malaysia terkawal

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Nov 5, 2023
  • 1 min read


Menteri Dalam Negeri Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan tiada sebarang unsur ancaman terhadap keselamatan negara ketika ini susulan konflik Palestin-Israel.


Saifuddin yang ditemui pemberita pada satu program di Pulau Pinang pada Sabtu berkata, beliau sudah diberi taklimat oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengenai situasi semasa berhubung perkembangan itu.


Tambahnya, walaupun buat masa ini tiada keadaan terus terkawal, pihak berkuasa walau bagaimanapun jelasnya telah mengambil langkah meningkatkan tahap siap siaga di kawasan sempadan selain menjalin kerjasama rapat dengan negara jiran.

"Saya diberi taklimat oleh Ketua Polis Negara, tiga perkara yang dilakukan oleh pasukan polis iaitu pertama, meningkatkan tahap siap siaga di kawalan sempadan negara.


"Kedua, kita bekerjasama rapat dengan semua negara jiran dari segi perkongsian risikan dan ketiga sepanjang konflik berlaku serta sepanjang kita menguatkuasakan kawalan sempadan, laporan awal yang kita peroleh ialah keadaan adalah terkawal. Itu penting untuk kita maklumkan kepada rakyat," katanya dipetik.


Sementara itu Saifuddin turut berkata, kerajaan merancang mewujudkan entiti keselamatan siber baharu yang akan diletak di bawah Pejabat Perdana Menteri.


Langkah itu diambil sebagai maklum balas kerajaan terhadap potensi ancaman jenayah siber yang semakin meningkat.


"Itu adalah perkembangan yang telah kita bincang di peringkat Jemaah Menteri dan sekarang rang undang-undang tersebut dalam pembikinan… saya tak fikir ia dapat masuk dalam jadual terdekat (persidangan Dewan Rakyat), mungkin tahun depan," katanya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page