top of page

Perang Israel - Palestin: PM bincang dengan negara Islam cari penyelesaian


Oleh: Abdullah Zaid


Serangan tanpa henti tentera Israel ke atas rakyat Palestin di Semenanjung Gaza akan dibincangkan segera oleh negara negara Islam termasuk Malaysia.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Tambun) memberintahu Dewan Rakyat pagi tadi bahawa beliau akan mengadakan perbincangan bersama pemimpin negara Islam lain mengenai konflik Palestin-Israel di Riyadh, Arab Saudi pada Khamis.


Katanya, perbincangan itu antara lain bagi menyelesaikan kezaliman yang berlaku terhadap rakyat Palestin akibat peperangan dengan Israel.


Pada masa sama, Anwar turut mengkritik pendirian Barat yang secara terbuka menyokong keganasan itu.


"Saya akan berangkat ke Riyadh bagi persidangan GCC (Majlis Kerjasama Teluk Timur Tengah) dan ASEAN serta Putera Arab Saudi, Mohammed bin Salman menghubungi saya untuk mengadakan perbincangan (Palestin-Israel) bersama negara lain termasuk UAE, Qatar, Mesir dan Turkiye.


"Langkah segera mesti dilakukan (ekoran) Barat dan Eropah yang bersikap hipokrasi membuat tindakan keras terhadap Rusia (konflik Ukraine) tetapi mengizinkan kezaliman (terhadap Palestin) terus berlaku," katanya ketika menyampaikan penerangan di Dewan Rakyat, hari ini.


Selain itu, Perdana Menteri menyatakan pendirian Malaysia untuk terus mengiktiraf Hamas sebagai suara rakyat Palestin.


Hal itu katanya, sebab organisasi pembebasan itu diberi mandat melalui proses pilihanraya pihak berkuasa Palestin.


"Dari segi dasar, Malaysia ada hubungan dengan Hamas kerana mereka juga menang di Gaza melalui pilihanraya bebas," katanya lagi.


Perang yang diisytihar Israel ke atas Gaza dan memasuki hari ke-10 telah mengorbankan 1,500 rakyat Palestin sehingga kini manakala korban di pihak Israel pula sekitar 1,200 nyawa.

1 comment

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page