top of page

Perang Iran-Israel: Campur tangan AS burukkan keadaan - PM Anwar

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 23
  • 2 min read

DS Anwar berkata campur tangan Amerika Syarikat di Timur Tengah memburukkan keadaan. Foto: FB Anwar
DS Anwar berkata campur tangan Amerika Syarikat di Timur Tengah memburukkan keadaan. Foto: FB Anwar

Malaysia menegaskan bahawa perdamaian di Timur Tengah hanya dapat dicapai jika tekanan antarabangsa dikenakan terhadap rejim Zionis Israel untuk menghentikan segala bentuk tindakan provokatif dan keganasan terhadap negara lain.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peningkatan keganasan, termasuk tindakan ketenteraan Israel akan terus berlaku selagi tiada tekanan tegas dikenakan ke atas rejim itu.


"Kita telah menyatakan dengan jelas bahawa jika benar mahu mencari perdamaian, Israel perlu dihentikan daripada bersikap provokatif dan ganas terhadap negara-negara lain.


"Apabila anda melancarkan serangan dan membunuh orang awam, tentu akan wujud tindakan balas, dan kini Iran memilih untuk melawan," katanya dipetik semasa lawatan kerja ke Sarawak, semalam.


Anwar secara konsisten mengkritik sikap masyarakat antarabangsa, terutamanya Amerika Syarikat (AS) yang bersikap selektif dan tidak konsisten dalam menangani konflik di rantau itu.


"Jangan hanya melarang Iran bertindak balas, sedangkan membiarkan Israel terus melakukan serangan. Jika benar-benar mahu berlaku adil hentikan semua bentuk keganasan tanpa pilih kasih," tegasnya sambil menambah bahawa campur tangan AS hanya akan memburukkan lagi keadaan.


PM juga memberi amaran ekonomi dunia akan menghadapi gomcangan sekiranya Selat Hormuz yang dikawal Iran dan Qatar ditutup dan menghentikan sama sekali eksport minyak dari negara negara pengeluar utama seperti Iraq dan Kuwait.


"Jika Selat Hormuz ditutup akibat ketegangan ini, dunia akan berdepan impak ekonomi besar. Tetapi, bagi saya yang lebih utama ialah nyawa manusia dan keadilan," kata Anwar.


Terdahulu, agensi berita Anadolu melaporkan bahawa Amerika Syarikat telah melancarkan serangan udara besar-besaran ke atas fasiliti nuklear Iran semalam, termasuk menggugurkan enam bom 'bunker buster' ke atas kemudahan nuklear Fordo dan melancarkan peluru berpandu dari kapal selam ke arah dua tapak lain reaktor nuklear yang dikaitkan dengan program penghasilan bom atom Tehran.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page