top of page

Peranan NADI diperluas ke segenap lapis masyarakat - Fahmi



Perkhidmatan Pintar Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) akan diperluas dengan pelaksanaan program di luar pusat itu.


Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata langkah bertujuan untuk memberi lebih banyak manfaat kepada masyarakat setempat itu bakal dilaksana melalui Komuniti MADANI di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN).


"Kebiasaannya NADI akan memberikan manfaat kepada masyarakat di sekitar tiga atau empat kilometer dari pusat fizikal.


"Kita akan bekerjasama dengan Japen (Jabatan Penerangan) dan Komuniti MADANI, setiap DUN ada tiga Komuniti MADANI, jadi kita ambil modul-modul dalam NADI dan bawa keluar kepada masyarakat supaya lebih ramai dapat manfaat," katanya kepada pemberita.


Terdahulu Fahmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan pusat NADI di Kg Dato' Ahmad Said Tambahan 2, di Ipoh pada Isnin.


Sementara itu menurut Fahmi, antara modul yang akan dilaksana di luar pusat itu ialah kecerdasan buatan, digital, maklumat mengenai penipuan dalam talian dan kesedaran mengenai buli siber.


Justeru Pengurus NADI juga telah dimohon meningkatkan kefahaman dan seterusnya berkongsi maklumat mengenai isu-isu terkini berkenaan teknologi terutamanya mengenai jenayah scam dan buli siber.


Setakat 30 Jun, sebanyak 75 NADI telah beroperasi di Perak dengan empat daripadanya ialah NADI baharu yang dibina di bawah inisiatif 1 DUN 1 NADI.

0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page