top of page

Peranan ICT Malaysia di ASEAN diperkukuhkan



Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Fadzil menyatakan keyakinan bahawa peranan teknologi komunikasi maklumat (ICT) di negara ini akan dapat diperkukuh di masa hadapan.


Keyakinan itu dinyatakan Fahmi melalui satu kenyataan susulan penyertaan Malaysia ke Mesyuarat Menteri-Menteri Digital ASEAN ke-3 (ADGMIN3) di Filipina bagi menyatakan komitmen berterusan dalam memperkukuhkan peranan ICT sebagai pemacu utama transformasi ekonomi dan sosial ASEAN pasca Covid-19.


"Saya telah mengetuai Delegasi Malaysia ke ADGMIN3 yang diadakan pada 9 dan 10 Februari 2023 di Boracay, Filipina yang bertemakan Synergized ASEAN: Human-Centric Approach to a Sustainable Digital Transformation’.


"Mesyuarat telah memperakukan Deklarasi Boracay yang secara dasarnya menggariskan komitmen negara-negara anggota ASEAN bagi memantapkan jalinan kerjasama ke arah pembangunan sektor telekomunikasi dan teknologi digital melalui pelaksanaan projek-projek digariskan dalam Pelan Induk Digital ASEAN 2025 (ADM2025)," kata Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) itu.


Tambahnya lagi, Malaysia secara aktif akan memberikan sumbangan kepada agenda pembangunan sektor telekomunikasi dan teknologi digital di rantau ASEAN seperti digariskan dalam ADM2025.


Terdahulu, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital, Datuk Seri Mohammad Mentek turut mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan Digital ASEAN (ADGSOM) pada 6 hingga 8 Februari di lokasi yang sama.


Filipina menjadi tuan rumah bagi ADGMIN, ADGSOM Ketiga dan mesyuarat berkaitan dengan rakan dialog dari 6-10 Feb ini. Ia merupakan mesyuarat secara fizikal pertama bagi pemimpin ADGMIN dan ADGSOM sejak pandemik Covid-19

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page