top of page

Peralihan undi PH ke PN tidak banyak, boleh ditangani dalam PRN



Anggota KEADILAN dinasihatkan untuk tidak terlalu mengikut rentak propaganda PN kononnya mereka menguasai undi Melayu secara mutlak dan bila bila masa sahaja boleh merampas negeri diperintah PH dalam Pilihan Raya Negeri pada Julai ini.


Pengarah Pilihan Raya KEADILAN, Rafizi Ramli berkata jangkaan PN tersebut tidak berasaskan fakta dan lebih kepada telahan semata mata yang membuat beliau tidak bimbang sama sekali.


"Saya tidak bimbang sebab dari minggu ke bulan pendekatan kerajaan mula membuahkan hasil. Lama lama rakyat akan dapat membezakan dari pembangkang yang hanya pandai mempertikaikan dengan kerajaan yang sedikit demi sedikit baiki tiang, atap (perbaiki negara).


"Pembangkang kelihatan gelojoh sebab nak PRN. Saya tak tahu dari mana mereka dapat mimpi mereka yakin boleh ambil alih 6 negeri


"Saya tengok Ahli Parlimen dari PN berebut nak bertanding negeri. Ada dah cop DUN masing masing. Tak cukup jadi Ahli Parlimen, DUN pun dia nak jadi


"Saya dah semak fakta dan keputusan PRU lepas. Kalau ikut keputusan PRU yang lepas, walaupun awalnya kepimpinan mereka menggembar gemburkan gelombang ini akan datang dan menghapuskan PH di 3 negeri, bila saya tengok keputusan PRU lepas ianya tak begitu.


"Memang betul ada peralihan undi yang besar kepada PN tetapi dia tertakluk kepada kawasan tertentu dan bukan seluruh negara," katanya.


Rafizi menjelaskan fakta bahawa undi yang banyak berubah pada PRU lalu adalah daripada BN ke PN dan bukan PH ke PN. Oleh itu, katanya di negeri yang pengaruh PH kuat maka kerajaan dijangka boleh bertahan.


"Memang betul perlaihan undi Melayu di Kelantan, Terengganu, di utara Kedah, Penang dan Perak. Sebahagiannya memang kita tidak pernah kuat pun di beberapa tempat, sebahagiannya undi Umno kepada PN.


"Tetapi kalau kita tengok secara keseluruhan terutama negeri yang memang menjadi kekuatan kita, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang bila kita bandingkan tahap sokongan undi Melayu, sebenarnya tidak ada perbezaan yang besar sangat.


"Di Selangor di kawasan timur undi Melayu kita 40%, 2018 40% juga, ada peralihan yang besar tetapi undi Umno kepada PN. Keadaan yang sama berlaku di Negeri Sembilan dan Pulau Pinang juga.


"InshaAllah data terkini menunjukkan memang sudah ada sokongan peralihan undi muda kepada PH dan Kerajaan Perpaduan di sebelah Pantai Barat. Jadi kita akan terus bersedia. Kita akan perkemaskan persediaan kita dan masuk PRN kali ini dengan tenang.


"Jangan terikut sangat dengan rentak mereka. Nak tebuk atap pun tak boleh. Walaupun kata jumlah sudah cukup tetapi tak boleh nak bentuk kerajaan. Apa pilihan dia ada? Dia hanya boleh janji dengan penyokong lepas ini kita akan jadi Menteri Besar Selangor," sinis Rafizi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page