top of page

Peralihan politik: Pulihkan maruah negara sebagai keutamaan - Fadhlina

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 5, 2022
  • 2 min read


Pilihan raya dalam negara demokrasi adalah untuk memilih pentadbiran berwibawa bagi menjaga kesejahteraan rakyat.


Namun dengan negara yang kucar kacir dan Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 pula mahu diadakan pada musim banjir untuk pihak tertentu menyelamatkan diri daripada hukuman mahkamah, maka pilihan raya tidak lagi mempunyai makna.


Sehubungan itu, Ketua Wanita KEADILAN, Senator Fadhlina Sidek mahu rakyat tidak lagi membenarkan negara diperintah oleh pihak yang korup bagi memastikan maruah negara pulih di peringkat antarabangsa.


"Jika gagasan politik perubahan dengan meletakkan maruah negara melebihi kepentingan peribadi dan populariti parti justeru kita harus mahukan peralihan politik yang terangkul nilai keadilan yang sentiasa mengutamakan kesejahteraan rakyat serta memerangi kepimpinan yang mengambil dan memberi rasuah.


"Tiada erti jika nama baik negara terus dimalukan kerana pemimpin rasuah dan salah guna kuasa jika kita terus mewakilkan kuasa pentadbiran kepada individu yang tidak melaksanakan tanggungjawab berkepentingan rakyat," katanya dalam kenyataan hari ini.


Tambah Fadhlina, meskipun Pakatan Harapan (PH) sering disindir dengan kegagalan kerajaan 22 bulan, namun biarpun PH tidak menjadi kerajaan tetapi dengan kebijaksanaan pimpinannya memeterai Memorandum Kerjasama (MoU) bersama Kerajaan Persekutuan, banyak janji manifesto PH yang berjaya dilaksanakan melalui MoU itu.


"Saya ingin mengingatkan di sebalik ketempangan yang wujud dalam negara, ia juga telah memungkin beberapa inisiatif-inisiatif pembaikan yang menunjukkan komitmen cukup besar dalam perlindungan kepada rakyat, baik inisiatif yang sudah terlaksana mahupun yang masih berjalan," katanya.


Oleh itu, katanya melihat kebijaksanaan pemimpin PH, rakyat tidak wajar memilih BN atau PN dalam PRU 15. Sebaliknya dengan memilih PH lebih banyak perlindungan dan kebajikan kepada rakyat akan dapat dicapai dalam 5 tahun akan datang.


"Kebobrokan yang dilakukan para penguasa (BN - PN) harus terus disanggah. Tekad politik perubahan PRU-15 harus menjadi makna dalam melakar harapan baru untuk Malaysia.


"Saya, Wanita KEADILAN dan Parti Keadilan Rakyat bersedia merangkul seluruh kekuatan rakyat. Let us take care of you," katanya lagi.


留言


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page