top of page

Peralihan industri jadi agenda nasional, pacu ekonomi hijau

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 5 hours ago
  • 1 min read
PM Anwar mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara
PM Anwar mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara

Kluster Peralihan Industri (TIC) dijadikan sebagai agenda nasional sebagai langkah strategik dalam menyatukan syarikat dan institusi awam bagi memacu pertumbuhan ekonomi hijau, membuka peluang pekerjaaan berkemahiran tinggi dan pengurangan pelepasan karbon.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara tersebut dipersetujui dalam Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN) di Putrajaya hari ini.


"Antara yang dibentangkan ialah pelaksanaan GovTech Malaysia termasuk aplikasi MyGOV Malaysia yang berfungsi sebagai gerbang digital tunggal kerajaan.


"Melaluinya, rakyat boleh berurusan dengan pelbagai agensi kerajaan secara dalam talian tanpa perlu menunggu di kaunter. Ini adalah bukti kesungguhan kerajaan untuk mendekatkan perkhidmatan kepada rakyat secara mudah, cekap dan telus," katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.


Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata beliau turut tertarik dengan pembentangan berkaitan hasrat Sarawak membangunkan TIC di Bintulu yang mampu memperkukuhkan negeri itu sebagai peneraju industri hijau negara.


Selain berpotensi menyumbangkan tambahan RM12 bilion kepada Keluaran Dalam Negera Kasar (KDNK), ia turut mewujudkan 19,000 pekerjaan baharu dan pengurangan 21.35 juta tan pelepasan karbon menjelang 2040, jelas beliau.


"Saya turut tekankan kepentingan peluasan pelaksanaan MyDigital ID ke sektor swasta. Kita mesti membina ekosistem digital yang selamat, menyeluruh dan dipercayai bukan hanya dalam urusan kerajaan, tetapi dalam seluruh kehidupan harian rakyat dan aktiviti perniagaan masa depan," kata beliau.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page