top of page

Peralatan tentera perlu dimodenkan, hindari kerosakan sebelum bertempur

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 28, 2022
  • 1 min read

ree

Kerosakan kenderaaan Angkatan Tentera Malaysia yang dibawa untuk raptai sempena Hari Kebangsaan di Kuala Lumpur perlu mendapat perhatian serius Kementerian Pertahanan.


Kelmarin sebuah kereta kebal rosak di tengah tengah jalan berhampiran KL Sentral yang mengganggu lalu lintas.


Sehari selepas itu berlaku pula kerosakan treler pengangkut kereta kebal di jalan berhampiran Muzium Negara, Kuala Lumpur.


Bagi Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, peralatan tentera yang usang seharusnya diganti baharu agar aset ketenteraan boleh tiba ke lokasi dengan pantas sekiranya berlaku konflik.


"Sebagai Ahli Parlimen saya akan terus menyokong Angkatan Tentera Malaysia memodenkan aset-aset tentera.


"Ini soal keselamatan negara. Jangan sinis. Tiada tentera tiada negara," katanya di Twitter.


Sim berpendapat lebih banyak aset kententeraan dapat dibeli sekiranya tidak berlaku ketirisan beratus juta ringgit sebagaimana yang didedahkan dalam skandal pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia.


"Hapuskan rasuah, bajet kita cukup duit untuk perbelanjaan #ATM," katanya.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page