Perak, P. Pinang mohon pinjam vaksin Covid 19 dari Selangor


Selangor melangkah gagah daripada negeri yang paling kritikal mengharungi wabak Covid 19 kepada negeri pertama yang memberi pinjaman vaksin kepada pihak lain selepas berjaya menyuntik hampir 98% penduduk di negeri itu.


Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, permohonan pinjaman vaksin Covid 19 tersebut diuruskan bersama Pasukan Petugas Khas Imuninasi Covid-19 (CITF) yang akan memutuskan sama ada membenarkan atau tidak pemberian pinjaman berkenaan.


"Kalau CITF benarkan dan ada jaminan pemulangan balik, insya-Allah kita akan gunakan kerana simpanan yang ada untuk suntikan dos ketiga," katanya dipetik.


Pada 19 Ogos lalu, Kerajaan Negeri bersetuju meminjamkan sebanyak 500,000 stok vaksin yang dibeli CITF dan antara negeri bakal menerima bekalan tersebut ialah Kedah, Pulau Pinang dan Sabah.


Sebuah lagi negeri yang mahu meminjam vaksin ialah Perak dan telah diakui oleh MB Perak Datuk Saarani Mohamad yang berkata surat memohon pinjaman telah dihantar kepada kerajaan Selangor.


"Surat dihantar untuk membolehkan kita meminjam vaksin dari Selangor,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, hari ini.


Bagaimanapun kenyataan tersebut tidak memperincikan jumlah dos yang ingin dipinjam. Cuma Saarani menjelaskan vaksin tersebut akan diganti selepas menerima bekalan daripada Kerajaan Persekutuan.


Pada 19 Ogos lalu, Kerajaan Negeri bersetuju meminjamkan sebanyak 500,000 stok vaksin yang dibeli sendiri oleh CITF. Sebanyak 200,000 vaksin akan diserahkan kepada Pulau Pinang dalam waktu terdekat bagi membantu negeri itu memberi suntikan pelalian lebih cepat untuk penduduk.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
19198
292
20980
Total
1,979,698
20,711
1,721,710

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
349,788
5,246
372,363
Total
225,423,690
4,643,538
200,274,221

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER