top of page

Peperiksaan: IPT perlu tanggung kos ujian Covid 19 mahasiswa - Biro Mahasisiwa KEADILAN



Peperiksaan akhir yang sedang diambil oleh mahasiswa di Institut Pengajian Tinggi (IPT) ketika ini menimbulkan kebimbangan terhadap jangkitan Covid 19, terutamanya yang menjalani peperiksaan secara fizikal.


Menurut Biro Mahasiswa Angkatan Muda KEADILAN (AMK), laporan penularan Covid 19 terhadap mahasiswa di Universiti Malaya dan beberapa IPT lain baru baru ini amat membimbangkan.


Susulan itu, kata mereka, isu berkenaan sedang diperjuangkan dan disuarakan oleh pimpinan Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) kepada pihak pentadbiran universiti serta pihak kerajaan, khasnya Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).


"Oleh sebab hal ini adalah isu keselamatan dan kesihatan mahasiswa, Biro Mahasiswa AMK menggesa supaya pihak pentadbiran universiti-universiti yang turut berhadapan dengan isu sama dan pihak KPT khasnya bertindak proaktif dalam berhadapan isu ini.


"Tambahan pula, mahasiswa-mahasiswi kini kebanyakannya berada dalam fasa peperiksaan akhir untuk sesi akademik semasa.


"Oleh yang demikian, pihak pentadbiran universiti dan KPT digesa menanggung sepenuhnya pembiayaan bagi ujian calitan RTK Covid-19 yang diambil oleh mahasiswa terutama melibatkan mahasiswa yang mengambil peperiksaan secara berpusat di dewan peperiksaan atau secara bersemuka.


"Peruntukan harus disediakan dengan segera bagi menggerakkan inisiatif ini untuk menjamin keselamatan dan kesihatan mereka dari penularan wabak Covid di kampus masing-masing," kata kenyataan Biro Mahasiswa AMK.


Menurut kenyataan itu lagi, biro berkenaan menggesa agar pihak pentadbiran IPT dan juga KPT mengambil cakna serta bertindak segera bagi memastikan mahasiswa yang mengambil peperiksaan berada dalam situasi selamat kesihatan dan kebajikan mereka.


Kata mereka, isu jangkitan Covid tidak boleh dipandang remeh kerana boleh melibatkan nyawa sekiranya tiada tindakan proaktif diambil.


"Segala bentuk ikhtiar dan kebijakan yang dapat menjamin keselamatan mahasiswa perlu digerakkan segera termasuk mempertimbangkan cadangan yang disuarakan oleh pimpinan KMUM untuk sebarang ujian atau peperiksaan akhir diteruskan secara atas talian juga menyediakan kit ujian calitan RTK Covid-19 secara percuma kepada mahasiswa-mahasiswi.


"Biro Mahasiswa AMK Malaysia turut menghargai tindakan pantas oleh beberapa pihak berkaitan terutama daripada YB Fahmi Fadzil, Ahli Parlimen Lembah Pantai yang telah menyumbangkan sebanyak 1000 unit kit ujian calitan RTK Covid-19 kepada pihak KMUM untuk diberikan kepada mahasiswa-mahasiswi Universiti Malaya secara percuma," kata mereka.


Justeru, Biro Mahasiswa AMK berharap pihak pihak berkaitan terutama pihak pentadbiran IPT lain serta KPT turut bertindak secara proaktif.


Biro Mahasiswa AMK, kata kenyataan itu lagi, akan berusaha mengedarkan kit ujian calitan RTK Covid-19 secara percuma kepada mahasiswa-mahasiswi di beberapa kampus IPT Malaysia khasnya kepada mahasiswa-mahasiswi yang akan atau sedang menjalani peperiksaan secara fizikal di kampus-kampus berkaitan.





0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page