top of page

Penyokong PH beri sokongan padu iringi Suhaizan Kayat di DUN Larkin

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • 16 minutes ago
  • 1 min read
DS Dr Mujahid (dua dari kiri) menunjukkan watikah pencalonan Suhaizan sebelum perarakan calon
DS Dr Mujahid (dua dari kiri) menunjukkan watikah pencalonan Suhaizan sebelum perarakan calon

Suasana penuh semangat mewarnai hari penamaan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin apabila penyokong dan jentera Pakatan Harapan (PH) mengiringi salah satu calon heavyweight, Suhaizan Kayat, di Dewan Serbaguna JKR Daerah Johor Bahru, hari ini.


Menurut Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof yang turut mengiringi Suhaizan, kehadiran penyokong komponen PH mencerminkan keyakinan terhadap perjuangan gabungan berkenaan dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.


"Alhamdulillah, pagi ini saya berpeluang mengiringi YB Suhaizan Kayat sempena Hari Penamaan Calon bagi kerusi N.44 Larkin yang berlangsung di Dewan Serbaguna JKR Daerah Johor Bahru," katanya di media sosial.


Kata beliau, sokongan yang ditunjukkan oleh penyokong dan jentera PH menjadi pembakar semangat untuk meneruskan gerak kerja kempen sepanjang tempoh pilihan raya.

DS Dr Mujahid membacakan doa agar perarakan calon dan kempen selepasnya diberkati
DS Dr Mujahid membacakan doa agar perarakan calon dan kempen selepasnya diberkati

"Suasana penuh semangat dan keyakinan jelas terpancar apabila para penyokong serta jentera Pakatan Harapan hadir memberikan sokongan padu kepada calon," katanya.


Beliau berkata, kehadiran penyokong turut menjadi suntikan motivasi untuk terus mendekati rakyat dan membawa agenda pembangunan serta kesejahteraan negeri.


"Kehadiran dan semangat yang ditunjukkan menjadi suntikan motivasi untuk terus bekerja keras mendekati rakyat serta membawa agenda pembangunan dan kesejahteraan buat Johor," katanya.


Beliau turut mendoakan agar perjalanan kempen selepas ini berlangsung lancar dan memberi peluang kepada PH untuk meneruskan khidmat kepada rakyat.


"Semoga segala urusan dipermudahkan, kempen berjalan lancar dan dikurniakan kemenangan demi meneruskan khidmat terbaik kepada rakyat," katanya lagi.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page