top of page

Penyokong Pas pun gembira PN tumbang


Tumbangnya kerajaan Perikatan Nasional (PN) bukan sahaja disambut gembira oleh penyokong Pakatan Harapan, tetapi penyokong pro kerajaan juga berasa lega.


Tular di media sosial penyokong tegar Pas, Asri Janggut, pagi tadi muncul merakamkan video mengucapkan terima kasih di atas keputusan Majlis Teringgi Umno menarik kembali sokongan ke atas pentadbiran Perdana Menteri Mahiaddin Yassin secara serta merta.


Tegas Asri, kerajaan PN yang zalim dan melarang umat Islam beribadah dalam masjid dengan alasan Covid 19 pasti akan tumbang.


"Saya bukan orang Umno, saya orang Pas. Tetapi dengan tumbang kerajaan ini saya gembira.


"Kerajaan yang ada amat zalim. Tiada timbang rasa kepada msyarakat. Kerajaan tak sungguh-sungguh bantu Islam. Hari ini masyarakat kat bawah agih-agih makanan, kongsi makanan, sedangkan kerajaan yang ada agihkan jawatan.


"Kilang ada 2,000 - 3,000 orang boleh kerja, masjid tak boleh buka. Ada masjid tempat ambil vaksin tapi solat tak boleh, solat Jumaat tak boleh," kata Asri dalam video berdurasi 7 minit itu.


Beliau juga secara terang-terangan melahirkan rasa kecewa terhadap kepimpinan Pas yang tidak berbuat apa-apa dalam kerajaan PN memperjuangkan Islam, sepanjang memerintah sejak Mac 2020.


"Saya tak suka pemimpin Pas duduk atas tu. Berjuang tak bersungguh untuk agama


"Hal masjid tutup diorang diam. Itu bukan pemimpin Pas. 18 pemimpin Pas duduk dalam tu tak tahu buat apa? ADUN yang dulu garang macam singa, tak tau buat apa.


"Saya kecewa dengan Pas, pemimpin membisu hal agama Islam.


"Saya nak bagi tahu kepada orang Pas, hubungan orang Pas dengan institusi pondok semakin renggang kerana sikap mereka sendiri


"Yang mana dulu (sokong) Pas pun sekarang duduk atas pagar. Jangan main-main," katanya lagi.


Kerajaan PN tumbang secara teknikal malam tadi apabila Majlis Tertinggi Umno yang bermesyuarat secara dalam talian membuat keputusan menarik kembali sokongan kepada Mahiaddin.


Dalam kenyataannya, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi membayangkan perlunya dilantik PM baharu untuk jangka masa terhad bagi menangani masalah Covid 19 sehingga selesai dan kemudian Parlimen dibubarkan untuk diadakan PRU 15.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page