top of page

Penyertaan Tengku Zafrul perkukuhkan KEADILAN - Sim Tze Tzin

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 9
  • 1 min read

Tze Tzin (dua dari kiri) dalam satu foto senaman larian pagi bersama Tengku Zafrul
Tze Tzin (dua dari kiri) dalam satu foto senaman larian pagi bersama Tengku Zafrul

Penyertaan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz ke dalam KEADILAN dialu alukan oleh Pengarah Strategi KEADILAN, Sim Tze Tzin


Ahli Parlimen Bayan Baru itu menyifatkan Zafrul sebagai pemimpin muda 'berkelas dunia', berwibawa, dengan pengalaman luas di peringkat nasional dan global.


Menurutnya, beliau mula mengenali Tengku Zafrul pada 2020 ketika bekas Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Bank itu menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya.


"Dia duduk di sebelah saya dan kami mempunyai perbualan yang sangat menarik dan intelektual mengenai ekonomi dan pelaburan. Perbincangan itu meninggalkan kesan yang mendalam kepada saya," katanya dalam kenyataan hari ini.


Tze Tzin menegaskan, pelantikan Tengku Zafrul sebagai Menteri Kewangan pada 2020 membuktikan keupayaan beliau mengemudi negara ketika pandemik Covid-19 yang membawa cabaran kewangan yang kompleks.


"Pada 2022, beliau dilantik sebagai Menteri MITI dan sekali lagi menunjukkan kemampuan dengan membantu Perdana Menteri Anwar menarik pelaburan asing dan domestik yang paling tinggi rekodnya," katanya.


Tze Tzin turut memuji kejayaan Tengku Zafrul berunding dengan Amerika Syarikat sehingga tarif terhadap produk Malaysia dikurangkan daripada 25% kepada 19%, langkah yang menurutnya memberi manfaat besar kepada industri negara.


"Zafrul masih muda, bertenaga, rajin, dan mempunyai pengalaman korporat serta global yang luas — sesuatu yang jarang dimiliki pemimpin di Malaysia. Pandangan politik beliau juga sejajar dengan KEADILAN, sederhana, berbilang kaum, dan global," ujarnya.


Sehubungan itu, kata Tze Tzin, penyertaan Tengku Zafrul ke dalam KEADILAN sebagaimana diumumkannya semalam diyakini akan mengukuhkan parti.


"Selamat datang, Datuk Seri Tengku Zafrul. Saya berharap dapat bekerjasama dan berlari bersama anda," kata Tze Tzin merujuk kepada minat Tengku Zafrul dalam sukan larian.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page