top of page

Penyertaan Malaysia ke ILC-122 bukti komitmen angkat piawai perburuhan



Oleh: Azuan Ab Rahman


Kerajaan membuktikan kesungguhan untuk memartabatkan piawai perburuhan negara selari dengan piawai perburuhan antarabangsa susulan penyertaan Malaysia ke Persidangan Buruh Antarabangsa (ILC) ke-112 yang berlangsung di Geneva, Switzerland, baru-baru ini.


Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dalam satu kenyataan pada Ahad memaklumkan Menteri Sumber Manusia, Steven Sim mewakili Malaysia pada persidangan itu.


Beliau telah menyuarakan pelbagai perkara berkaitan sektor pekerjaan serta mengadakan beberapa pertemuan dan perbincangan dengan rakan sejawatan dari negara ASEAN yang menyertai persidangan itu.


"Sim juga telah mengadakan mesyuarat bersama Sekretariat Forum Ekonomi Dunia, perwakilan tertinggi tiga pihak antarabangsa iaitu International Trade Union Confederation (ITUC) dan International Organisation of Employers (IOE) serta perjumpaan dengan pakar Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dalam bidang platform ekonomi dan standard perburuhan.


"Persidangan peringkat antarabangsa ini membuka peluang kepada pemimpin serantau untuk duduk semeja dan berbincang mengenai hal melangkaui sempadan negara masing-masing," kata kenyataan itu.


KESUMA turut memaklumkan sewaktu ucapan negara dalam sidang pleno pada persidangan itu, Sim telah menyinggung kontrak sosial dunia ketika ini yang hanya menguntungkan negara kuasa besar dunia dan merugikan negara kecil.


"Beliau juga telah berkongsi pengalaman dan usaha Malaysia dalam memartabatkan pekerja melalui rangka kerja MADANI," tambah kenyataan itu.


Media pada Selasa melaporkan Steven Sim telah mendepositkan dokumen ratifikasi Konvensyen ILO C155 sebagai sebahagian langkah kerajaan untuk memperkukuh aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan selaras keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Mei lalu.


Persidangan Buruh Antarabangsa ke-112 selama lima hari yang bertemakan 'Ke Arah Memperbaharui Kontrak Sosial' telah melabuhkan tirainya, pada Jumaat lalu.


Ketika di Geneva, Steven Sim difahamkan turut mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawat dari Filipina dan Nepal.


Pertemuan itu bagi memperkukuh kerjasama serantau dan negara sumber serta mengulang tekad untuk memastikan kebajikan pekerja dari kedua-dua negara sumber itu terpelihara.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page