top of page

Penyertaan Ketua Bahagian Bersatu Kuala Krau perkuat KEADILAN Pahang



Penyertaan Ketua Bahagian Bersatu Kuala Krau, Mohamad Rafidee Hashim ke dalam keluarga besar KEADILAN Pahang dilihat sebagai satu perkembangan menarik ketika sokongan ke atas kerajaan Perikatan Nasional kian tergugat berikutan penubuhan parti baharu oleh bekas Pengerusi Bersatu, Tun Mahathir.


Ketua Penerangan KEADILAN Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, penyertaan itu merupakan perkembangan positif ke atas perjuangan anti-korupsi KEADILAN apabila pemimpin Bersatu tidak lagi mahu ikut serta dalam kerajaan yang mengiktiraf kleptokrat Umno sebagai sekutu.


"Saya ingin mengalu-alukan penyertaan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kuala Krau Mohd Rafidee ke dalam Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) bersama-sama 200 ahli mereka.


"KEADILAN percaya beliau selaku mantan calon parlimen Kuala Krau telah membuat keputusan tepat meninggalkan Bersatu yang sudah menyimpang daripada matlamat perjuangan asal menentang kleptokrasi sekaligus mengkhianati mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) 14.


"KEADILAN sebagai parti berbilang kaum sentiasa mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin bersama terlibat dalam perjuangan memartabatkan hak rakyat, ekonomi yang saksama, menegakkan keadilan dan melakukan perubahan institusi serta sistem dalam negara," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Shamsul lagi, penyertaan Mohd Rafidee diharap akan menambah kekuatan jentera KEADILAN di Pahang, khususnya menjelang PRU 15 yang mungkin diadakan pada tahun ini.


"Penyertaan saudara Rafidee diharap memperkukuhkan lagi Pakatan Harapan di Kuala Krau yang kini diwakili oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, dan juga di negeri Pahang. Pastinya idea dan khidmat beliau diperlukan dalam ikhtiar untuk merampas kerusi tersebut.


"KEADILAN mengucapkan selamat datang kepada Saudara Rafidee bersama 200 bekas ahli Bersatu Kuala Krau ke dalam keluarga besar KEADILAN," katanya.


Bersatu menghadapi gelombang 'keluar parti' sejak kebelakangan ini akibat ketidaktentuan nasib parti itu dalam rundingan kerusi dengan sekutu Umno dan Pas.


Banyak pemimpin peringkat bawahan melihat Bersatu akan dibuli oleh Umno dan Pas apabila Presiden Umno Zahid Hamidi menyeru agar parti itu menyertai Muafakat Nasional.





0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page