top of page

Penyertaan GRS, Kerajaan Perpaduan capai majoriti 2/3



Kerajaan Perpaduan hari ini mencapai tahap majoriti 2/3 dengan penyertaan GRS ke dalam gabungan.


Menurut Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim, penyertaan GRS hari ini secara rasmi akan menguatkan kerajaan dari segi membentuk polisi pelbagai kaum.


"Saya mengumumkan bahawa Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah secara rasmi menyertai Kerajaan Perpaduan pimpinan saya, dan ini menjadikan jumlah dukungan pemerintahan kepada 2/3 (kerusi) Parlimen," katanya pada sidang media pertama di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.


Selain itu, kata Pengerusi Pakatan Harapan itu, perbincangan sedang rancak dilakukan dalam melantik menteri menteri bersama parti komponen Kerajaan Perpaduan.


Bagaimanapun sebagaimana janji Anwar tidak akan mengambil gaji Perdana Menteri maka janji lain semasa berkempen berkaitan kabinet juga akan dilaksanakan


"Perbincangan sedang diadakan bersama parti-parti yang membentuk kerajaan bagi mengecilkan saiz Kabinet, serta saya turut menegaskan akan mengurangkan gaji anggota Kabinet kelak," katanya lagi.


GRS dalam Pilihan Raya Umum ke 15 lalu mendapat 5 kerusi. Jumlah kesemua kerusi adalah PH 82, BN 30, GPS 23 menjadikan jumlah besar 140.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page