top of page

Penyertaan di WSIS+20 kukuhkan kepimpinan M'sia dalam teknologi komunikasi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 6
  • 1 min read

ree

Penyertaan negara dalam World Summit on the Information Society+20 High-Level Event (WSIS+20) yang berlangsung di Geneva, Switzerland dari 7 hingga 11 Julai ini dijangka akan mengukuhkan kepimpinan Malaysia dalam ekosistem teknologi komunikasi serantau.


Menurut kenyataan Kementerian Komunikasi, penyertaan berkenaan yang diketuai Menteri Datuk Fahmi Fadzil akan membawa pelbagai manfaat strategik kepada negara, termasuk pengiktirafan global terhadap kepimpinan Malaysia dalam perluasan capaian Internet luar bandar, keterangkuman teknologi komunikasi serta inisiatif memperkasakan celik teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) rakyat seiring dengan nilai kesejahteraan Malaysia MADANI.


"Malaysia akan menggunakan pentas WSIS untuk memperkenalkan inisiatif utama seperti Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) dan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), sekali gus memperkukuh kedudukan sebagai peneraju serantau

dalam transformasi teknologi komunikasi," kata kenyataan itu.


WSIS merupakan platform Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menghimpunkan pemimpin dunia bagi memanfaatkan ICT ke arah pembangunan mampan.


WSIS merangkumi beberapa komponen utama termasuk Garis Tindakan WSIS, iaitu rangka kerja yang mencakupi 11 bidang tumpuan berkaitan ICT seperti infrastruktur, pembangunan kapasiti, keselamatan siber dan persekitaran sokongan.


Selain itu, Anugerah WSIS yang mengiktiraf projek pembangunan teknologi berimpak tinggi dengan sebanyak 234 pemenang dan 648 juara diiktiraf setakat ini sejak mula diperkenalkan pada 2012.


Tambah kenyataan itu lagi, sepanjang WSIS+20, Datuk Fahmi dijadual mengadakan lebih 10 mesyuarat dua hala bersama rakan sejawat, antaranya dari United Kingdom, Arab Saudi, Poland, Somalia, Greece, Rusia dan Algeria, serta mengadakan pertemuan bersama Setiausaha Agung Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU), Doreen BogdanMartin.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page