top of page

Penyelaras DUN Gurun ziarah mangsa kemalangan

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Oct 1, 2023
  • 1 min read


Penyelaras DUN Gurun, Firdaus Johari menziarahi Mohd Zaki Bakar, 51, seorang anggota polis bantuan yang terlibat dalam kemalangan jalan raya semalam.


Menurut beliau Zaki terlibat dalam kemalangan di kawasan Harvard, Bedong, Kedah ketika dalam perjalanan ke tempat kerja kira-kira jam 6.05 petang.


"Motosikal yang ditunggang beliau gagal dikawal akibat terlanggar pokok tumbang atas jalan. Kejadian dikatakan berlaku ketika cuaca hujan.


"Kesan daripada kemalangan tersebut, Abang Zaki mengalami kecederaan iaitu patah 3 tulang rusuk. Beliau kini dalam keadaan stabil dan berehat di rumah serta berada dalam proses pemulihan," katanya.


Beliau mendoakan semoga Zaki kembali sembuh seperti sediakala dan mampu menjalankan tugas semula.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page