top of page

Penyeragaman harga diesel dijangka tingkat produktiviti nelayan kelas C2

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 5 hours ago
  • 1 min read

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menjangkakan penyeragaman harga diesel kepada RM2.10 seliter mulai 1 Julai ini dijangka mampu meningkatkan produktiviti nelayan tempatan kelas C2 atau laut dalam.


Pengerusinya, Muhammad Faiz Fadzil (gambar) berkata, penyeragaman itu dijangka menggalakkan pengusaha bot nelayan kelas C2 yang sebelum ini kurang aktif untuk kembali turun ke laut sekaligus memberi kesan positif terhadap hasil tangkapan dan pendapatan mereka.


"Nelayan kategori C2 sebelum ini tidak menikmati subsidi bahan api khusus seperti kategori nelayan lain.


"Kita merayu kepada nelayan C2 untuk kembali aktif ke laut. Tambahan pula sekarang ini musim ikan sedang banyak, jadi ini peluang untuk mereka meningkatkan hasil tangkapan," katanya dipetik laporan media.


Muhammad Faiz berkata begitu selepas menyempurnakan Program Rahmah Mesra MADANI bersama Nelayan di Kuala Terengganu pada Isnin.


Pada program tersebut, seramai 40 nelayan di Terengganu menerima bantuan peralatan menangkap ikan bernilai RM225,000.


Antara peralatan yang disalurkan menerusi Program Touchpoint Belanjawan 2026 itu termasuklah sistem GPS, alat pengesan ikan (echo sounder), pukat, kawat bubu dan enjin sangkut.


Menurut Muhammad Faiz, sehingga pertengahan tahun ini, sebanyak RM3 juta peruntukan menerusi Program Touchpoint selesai diagihkan kepada penerima di seluruh negara.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page