top of page

Penyelesaian beban berganda mal pemakanan kanak kanak akan diumum



Masalah beban berganda mal pemakanan kanak kanak atau pemakanan kurang nutrisi bakal diselesaikan dengan satu pelan perancangan.


Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, hal itu telah dibincangkan dalam mesyuarat bersama Jemaah Menteri hari ini namun masih ada beberapa penenilitian perlu dibuat sebelum pengumuman dilakukan.


"Di pihak Kementerian Kesihatan, Pendidikan malah Jawatankuasa Kabinet yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi ada membincangkan perkara ini.


"Jemaah Menteri ada menerima maklumat terkini mengenai usaha dan pelan strategik tetapi ada beberapa perkara yang diminta PM untuk diteliti sebelum pengumuman penuh pelan strategik kebangsaan masalah beban berganda mal pemakanan kanak kanak (diumumkan)," katanya.


Untuk rekod, masalah pemakanan kanak kanak sering menjadi isu terutama terkait kemiskinan bandar. Kekurangan gizi dalam kalangan kanak kanak keluarga B40 masih belum diselesaikan dengan baik sejak perkara berkenaan dibangkitkan sebelum 2018 lalu.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page