top of page

Penyelaras DUN Gurun ziarah mangsa kebakaran di Jeniang



Penyelaras DUN Gurun, Firdaus Johari (gambar, kanan sekali) semalam melawat mangsa kebakaran di pekan Jeniang, Gurun.


Menurut Firdaus, mangsa yang juga kenalan beliau, Farhan telah mengusahakan Dee Cafe yang terletak sebelah jejantas Pekan Jeniang menyedari kebakaran berlaku di kedainya kira kira pukul 1 petang.


Justeru, Firdaus yang pada waktu itu menghadiri mesyuarat di Alor Setar segera ke tempat kejadian pada sebelah petang.


"Usai mesyuarat, pada lewat petang saya bergegas menuju ke lokasi bagi menemui beliau ditempat kejadian.

"Farhan memaklumkan kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 1 petang ketika beliau sedang melakukan persiapan bagi membuka kedai.


"Kejadian dikatakan berpunca daripada letupan gas. Kerugian dianggar melebihi RM 30,000 merangkumi kerosakan kedai, peralatan dan sebagainya," kata beliau.


Lebih memilukan, ujar Firdaus, mangsa kebakaran kehilangan punca pendapatan kerana kedai itu merupakan tempat beliau dan sahabat-sahabatnya mencari rezeki yang kini telah musnah dalam sekelip mata.


"Semoga Farhan tabah menghadapi ujian dan dugaan ini.


"InshaAllah, saya dan Pejabat Penyelaras Rakyat DUN Gurun akan cuba mencari jalan untuk membantu," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page