top of page

Penyelaras DUN Gurun ziarah kanak kanak OKU



Penyelaras DUN Gurun, Firdaus Johari baru baru ini menziarahi kanak kanak istimewa (OKU), Muhammad Sufyan Lukfi Muhammad Azahari, 11 tahun di Kampung Jeniang, Gurun, Kedah.


Menurut Firdaus, bapa kanak kanak berkata, sewaktu kecil adik Muhammad Sufyan menjalani kehidupan normal sehinggalah beliau terkena demam panas yang mengakibatkannya menghidap penyakit sawan.


"Keadaan itu menyebabkan Sufyan memerlukan penjagaan rapi oleh keluarga.


"Sewaktu kunjungan ini, saya turut membantu memotong rambut adik Muhammad Sufyan Lukfi agar kemas bagi memberi keselesaan kepadanya," katanya.


Beliau berharap semoga adik Sufyan dikurniakan kesembuhan dan kesihatan untuk membesar sebagaimana rakan rakan lain.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page