Penyelaras DUN Gurun, Firdaus Johari semalam meninjau kerosakan yang menimpa ke atas 6 buah rumah yang dilanda angin kencang.
Menurut beliau, ribut yang membadai Taman Gurun Jaya itu menyebabkan kerosakan serius kepada rumah mangsa yang tercabut bumbung dan siling.
"Simpati dengan kejadian yang menimpa penduduk, saya menziarahi mangsa-mangsa yang terlibat di Taman Gurun Jaya pada petang tadi.
"Menurut penduduk, kejadian ribut yang berlaku awal petang kelmarin disertai hujan lebat beserta angin kencang telah mengakibatkan 6 buah rumah mengalami kerosakan teruk terutamanya pada bahagian struktur bumbung akibat diterbangkan angin.
"Namun begitu, alhamdulillah, tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya.
Firdaus berharap mangsa ribut tabah menghadapi ujian malapetaka tersebut dan akan mengusahakan bantuan yang sesuai untuk mereka.
Comments