top of page

Penyelaras DUN Gurun terima warkah misteri 'keep fighting'

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Aug 20, 2023
  • 1 min read

ree

Mantan calon DUN Gurun dalam Pilihan Raya Negeri Kedah yang lalu, Firdaus Johari semalam menerima bungkusan misteri daripada seorang pengundi di kawasan DUN tersebut, yang menyembunyikan indentitinya.


Dengan nama samaran Piccachu, individu tersebut menghantar surat penghargaan kepada usaha murni dilakukan Firdaus dan dimuat dalam siaran Tiktok Penyelaras DUN Gurun tersebut.


Surat dari penyokong misteri itu sebagaimana dibacakan Firdaus mengandungi kata kata perangsang dan mahu beliau terus berkhidmat di DUN berkenaan sebagaimana sebelum ini.


Firdaus berjanji akan meneruskan khidmatnya biar pun tidak diangkat oleh majoriti pengundi sebagai wakil rakyat.


"Politik ini ialah satu landasan untuk kita perjuangkan, salah satu saluran untuk kita buat kebajikan, kebaikan.


"Saya nak ucapkan terima kasih kepada seluruh warga Gurun, Kedah yang telah berkempen dalam PRN.


"Saya akan tetap teruskan perjuangan ini. Pejabat saya masih dibuka seperti biasa, cuti hari Jumaat sahaja.


"Saya tahu ramai yang memerlukan bantuan, nasihat. Kita ada di sini dengan hati terbuka," katanya.


Kepada penyokong misterinya, Firdaus berkata, beliau teruja mahu mengenali penyokong tersebut dan berharap akan menghubunginya melalui nombor telefon atau bermesej di media sosial.


"Kepada Piccachu saya terima motivasi anda. Kita buat yang terbaik untuk DUN Gurun, InshaAllah," katanya.


Dalam bungkusan sama, Piccachu menyertakan hadiah rantai kunci kepada Firdaus dengan kalimat 'keep fighting' tertera pada rantai kunci itu yang terus disematkan oleh beliau di beg galas yang digunakannya dalam urusan harian.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page