top of page

Penyelaras DUN Gurun kunjungi majlis Deepavali



Penyelaras DUN Gurun, Firdaus Johari kelmarin mengunjungi majlis Sambutan Hari Deepavali Madani 2023 bertempat di Dewan Bedong, Gurun.


Menurut beliau, sambutan tersebut merupakan anjuran Persatuan Prihatin Masyarakat Negeri Kedah dengan kerjasama Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri bagi meraikan masyarakat India di DUN berkenaan.


"Majlis bertujuan untuk bersama-sama meraikan masyarakat kaum India sempena perayaan Deepavali 2023 di samping mengeratkan lagi hubungan perpaduan antara kaum yang sedia terjalin.


Pelbagai kaum meraikan sambutan Deepavali anjuran persatua penduduk dan KEADILAN negeri

"Turut sama hadir ialah pimpinan dari KEADILAN Cabang Jerai, Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Kedah serta rakan-rakan komponen parti kerajaan Perpaduan.


"Dalam majlis ini juga, sumbangan berupa Bakul Rahmah diagihkan kepada masyarakat kaum India yang dikenalpasti memerlukan," katanya.


Beliau berharap sambutan itu akan merapatkan lagi hubungan antara kaum di Kedah dan sumbangan pula akan meringankan beban penduduk.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page