top of page

Penyedia Menu Rahmah perlu berdaftar untuk diskaun bahan mentah



Pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam berkaitan pelaksanaan Insentif Khas kepada pengusaha Menu Rahmah melalui pemberian diskaun khas di pasar raya-pasar raya terpilih bermula pertengahan bulan Mei 2023.


Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub yakin melalui Insentif Khas tersebut pengusaha-pengusaha Menu Rahmah dapat terus menyediakan menu berkenaan kepada pengguna secara berterusan untuk jangka masa panjang.


"Insentif ini juga dijangkakan akan menggalakkan lebih ramai pengusaha restoran menyertai Inisiatif Menu Rahmah.


"KPDN akan memperluaskan Insentif Diskaun Khas Pengusaha Menu Rahmah ini kepada pembekal-pembekal bahan mentah melalui sesi libat urus yang akan diadakan dalam masa terdekat.


"Oleh yang demikian, Kementerian ingin menyeru lebih ramai pengusaha untuk menyertai Inisiatif Menu Rahmah dengan mendaftar di portal Menu Rahmah bagi mendapatkan inisiatif istimewa tersebut," katanya dalam satu kenyataan.


Selain itu, Salahuddin berkata, Pelaksanaan Inisiatif Menu Rahmah yang diterajui oleh KPDN sejak 31 Januari 2023 lalu telah mendapat sokongan yang amat menggalakkan dengan penyertaan pengusaha makanan dan juga pengguna.


"Sehingga 15 April 2023, sebanyak 1,706 pengusaha Menu Rahmah telah mendaftar di portal Menu Rahmah dengan penyediaan menu makanan yang seimbang dan berkhasiat pada harga di bawah RM 5.00," katanya lagi.


Bagi pertanyaan lanjut, pihak pemain industri dan orang ramai boleh menghubungi Sekretariat Perdagangan Pengedaran dan Industri Perkhidmatan (SPIP) di talian hotline 03- 8882 5881/ 5905 atau melalui emel kepada spip@kpdn.gov.my.


Manakala bagi penyedia Menu Rahmah, mereka boleh mendaftar perniagaan mereka di http://menurahmah.kpdn.gov.my bagi memperolehi diskuan harga barangan mentah pada masa hadapan.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page