top of page

Penyedia media sosial perlu berdaftar dengan MCMC - Fahmi



Semua platform media sosial termasuk Tik Tok akan diminta berdaftar dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), tegas Fahmi Fadzil.


Fahmi yang juga Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) berkata, langkah itu bagi memudahkan proses kawal selia.


"Kita tidak berhasrat untuk menutup platform seperti TikTok dan yang lain, sebab Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berpegang kepada prinsip kebebasan bersuara.

"Tapi masa yang sama dengan adanya kebebasan itu, mesti ada tanggungjawab, jadi sekiranya mana-mana pihak termasuk platform yang mungkin tersalah langkah ataupun membuat kenyataan yang ekstremis disebar luar maka boleh diambil tindakan.


"Jadi antara perkara yang kita akan lakukan dalam masa yang terdekat ini adalah memastikan semua platform media sosial mendaftar dengan MCMC, itu adalah salah salah satu perkara yang saya sebut sebelum ini dan sekarang makin jelas," katanya dipetik.


Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata demikan kepada pemberita selepas rakaman program di Pusat Penyiaran Aswara di Kuala Lumpur pada Jumaat.


Fahmi sementara itu berkata, bagi tujuan itu, MCMC sedang menyediakan kerangka dan proses pendaftaran dalam masa sebulan ini, bagi membolehkan platform media sosial berbuat demikian.


MCMC juga jelasnya masih mengumpul beberapa maklumat antaranya pengalaman luar dan perbincangan dengan penyedia platform media sosial di Malaysia bagi tujuan pendaftaran itu.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page