top of page

Penyasaran subsidi RON95, peluasan SST dibuat secara berhemah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 5
  • 1 min read


Oleh: Akmal Manaf


Kerajaan akan melaksanakan penyasaran subsidi RON95, e-Invois dan peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) secara berhemah demi memastikan ia tidak membebankan golongan rakyat biasa.


Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menjelaskan, e-Invois berfungsi untuk menyasarkan pengurangan ketirisan akibat ketidakpatuhan cukai.


''Jika kerajaan menyimpang daripada pengurusan fiskal, ia boleh menjejaskan keyakinan pelabur serta mengundang risiko terhadap kestabilan makro ekonomi.


''Namun demikian, kerajaan sentiasa memantau keadaan global dan akan menyesuaikan pelaksanaan dasar sekiranya perlu,'' katanya di Dewan Rakyat hari ini.


Beliau berkata demikian pada sesi perbahasan sidang khas Parlimen yang diadakan bagi membincangkan mengenai isu tarif timbal balas Amerika Syarikat (AS).


Sebelum ini pada sesi perbahasan beberapa Ahli Parlimen mencadangkan agar penangguhan pelaksanaan penyasaran subsidi RON 95, e-Invois dan peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)


Bagi Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin, kenaikan harga RON95 Julai ini perlu ditangguhkan. Begitu juga cadangan kenaikan tarif elektrik.


Manakala Lim Guan Eng (PH-Bagan) pula berpendapat beberapa langkah fiskal boleh disyorkan bagi menangani isu berkenaan, termasuk menangguhkan pelaksanaan e-invois yang sepatutnya bermula Julai ini.

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page