Penyasaran subsidi petrol RON95 diteliti elak kesan negatif kepada rakyat
- Suara Keadilan

- Jul 21
- 1 min read

Oleh: Akmal Manaf
Kerajaan kini sedang meneliti secara mendalam berkenaan mekanisme penyasaran subsidi petrol RON95 bagi memastikan pelaksanaannya tidak memberi kesan negatif kepada rakyat.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, disebabkan kerajaan masih menjalankan penelitian terperinci terhadap mekanisme pelaksanaan maka garis masa asal bagi penyasaran subsidi RON95 telah dianjakkan sedikit.
''PM Anwar ada menyatakan pandangan bahawa beliau tidak mahu pelaksanaan dasar-dasar yang akan mendatangkan kesan negatif kepada majoriti rakyat.
''Itu antara sebab kenapa pelaksanaan beberapa dasar sebelum ini seperti penyasaran semula subsidi diesel dan beberapa ikhtiar lain, dilihat perlu ada sedikit penelitian mekanisme penyaluran itu dan memastikan tiada kesan negatif.
''Dalam peluasan skop SST juga ada beberapa perkara diteliti setelah diumumkan, maka beberapa penyesuaian dilaksanakan,'' katanya pada sidang media di bangunan Parlimen, hari ini.
Beliau ditanya pemberita tentang perkembangan terkini berhubung penyasaran subsidi petrol RON95.
Fahmi yang juga Menteri Komunikasi turut memaklumkan bahawa PM Anwar ada berbincang mengenai perkara berkenaan dalam pemukiman bersama Ahli-ahli Parlimen.
Ujarnya, Anwar yang juga Presiden KEADILAN sememangnya berhasrat untuk memastikan pelaksanannya tidak mendatangkan kesan negatif kepada rakyat.









Comments