top of page

Penyasaran subsidi: Harga barang keperluan dijamin rendah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 18, 2024
  • 1 min read

ree

Penyasaran subsidi yang dilakukan oleh Kerajaan Madani sejak 10 Jun lalu telah menampakkan hasil positif apabila harga barang keperluan seperti telur ayam mula diturunkan sebanyak 3 sen sebiji.


Bagi Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, hal itu menjadi jawapan ampuh kepada pertanyaan rakyat sejak berbulan lalu, apa akan jadi sekiranya subsidi diesel ditarik daripada golongan maha kaya dan penyeludup.


"Penjimatan tu Kerajaan buat apa?


"Ini jawapannya. Wang yang diselamatkan daripada penyeludup dipulangkan semula kepada rakyat," kata Fahmi dalam catatan di Facebook.


Beliau turut menyenaraikan golongan yang kekal menerima subsidi, iaitu syarikat dan individu yang memerlukan dan juga rakyat biasa melalui pengekalan harga barang keperluan yang murah atau direndahkan lagi.


Katanya, bagi syarikat memiliki kenderaan diesel yang layak dibantu mereka masih menikmati subsidi diesel dengan harga biasa melalui Fleet Cards. Manakala individu, masih menikmati subsidi melalui bantuan tunai RM200 atau RM2,400 setahun


"Bagi rakyat kebanyakan, harga barang terjamin melalui inisiatif yang baru diumumkan Perdana Menteri," kata beliau lagi.



ree

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page