top of page

‘Penyasaran subsidi diesel jimat RM4 bilion, dapat bantuan bulanan’

Updated: May 30



Oleh: Abdullah Zaid


Penyasaran subsidi diesel yang akan dilaksanakan pada Jun ini dilihat mampu mengawal tanggungan perbelanjaan kerajaan dan mengurangkan masalah hutang negara setinggi RM1.5 trilion.


Menurut Ahli Parlimen Subang, Wong Chen, penyasaran subsidi itu sebaliknya memberi manfaat semula kepada golongan yang layak sama ada individu atau syarikat melalui pemberian tunai secara bulanan ke atas kegunaan diesel kenderaaan mereka.


"Subsidi bersasar akan jimatkan RM4 bilion dan pada masa sama ia akan membantu golongan pertengahan dan sederhana dengan bantuan (tunai) yang lebih besar dari segi kegunaan diesel.


"Oleh itu, pihak yang tidak bersetuju harus membuat ‘homework’ dan perkiraan lanjut serta kerajaan juga perlu tingkatkan komunikasi dengan lebih jelas," katanya kepada Suara Keadilan.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru baru ini mengumumkan kerajaan akan melaksanakan penyasaran subsidi diesel mulai bulan hadapan tanpa melibatkan pengguna di Sabah dan Sarawak.


Kerajaan akan menyediakan bantuan subsidi diesel berupa pemberian tunai kepada syarikat dan pemilik kenderaan individu yang layak. Pemilik kenderaan individu diberi bantuan melalui Program Bantuan Subsidi Madani (BUDI).

Wong Chen

Dalam hal ini, Wong Chen menolak kekeliruan yang cuba ditanamkan kepada rakyat kononnya Pangkalan Data Utama (PADU) (PADU) telah gagal kerana rakyat sejak semalam diarah mengisi data di dalam BUDI.


Katanya PADU adalah untuk maklumat peribadi dan keluarga sedangkan BUDI merupakan pangkalan data maklumat kenderaan perniagaan yang tidak ada saling hubung kait satu sama lain.


Bagaimanapun, Wong Chen berharap penjelasan lebih lanjut perlu diberikan untuk skim BUDI agar tidak wujud kekeliruan dalam kalangan masyarakat.


"BUDI adalah nama program yang ada kaitan dengan PADU tetapi lebih spesifik kepada pemilik kenderaan diesel.


"Melalui pendaftaran ini maklumat mengenai kenderaan dari segi usia perlu ditunjukkan. Ia berbeza dengan PADU kerana maklumat kenderaan dan jenis minyak kenderaan tidak perlu untuk dinyatakan (dalam pangkalan data itu)," ujarnya.


Inisiatif BUDI merupakan bantuan tunai sebanyak RM200 setiap bulan bagi bemilik kenderaan diesel persendirian termasuk individu, petani kecil dan pekebun kecil komoditi daripada golongan B40 dan M40 khusus di Semenanjung.


Kriteria kelayakan bagi kategori BUDI Individu ialah, pemohon merupakan warganegara Malaysia; memiliki kenderaan diesel persendirian yang berdaftar dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selain kenderaan mewah di bawah usia 10 tahun.


Selain itu, kenderaan dimiliki mempunyai cukai jalan yang aktif dan pendapatan tahunan individu atau pasangan berjumlah RM100,000 dan ke bawah.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page