top of page

Penyasaran subsidi berjaya, penjimatan turunkan harga telur

Updated: Jun 18



Polisi penyasaran subsidi diesel dan pelbagai subsidi lain dianggap berjaya kerana tidak menunjukkan kenaikan harga yang membebankan di pasaran.


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dalam isu diesel kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) telah menggerakkan Ops Tiris yang telah berlangsung sejak 1 Mac 2023 lalu dan membanteras penyelewengan diesel bersubsidi.


Katanya, sehingga 31 Disember 2023 sebanyak 6,441,118 liter diesel dianggarkan berjumlah RM14,208,824 telah dirampas.


"Atas hasil dan perkembangan yang baik dari ops tersebut, maka Ops Tiris 3.0 dijalankan dengan skop yang diperluas mencakup barang-barang kawalan lain iaitu gula putih bertapis (kasar dan halus), minyak masak bungkusan polibeg 1kg, petrol RON95 dan gas petroleum cecair (LPG).


"Sehingga 14 Jun 2024, sejumlah RM12,956,089 nilai barang kawalan telah dirampas dengan diesel menjadi barangan kawalan yang tertinggi yang diseludup dan diseleweng.


"Lantaran itu, Kerajaan Madani akan kekal komited menangani penyeludupan diesel sambil berusaha mengimbanginya dengan perihal bekalan dan kos sara hidup rakyat," katanya dalam kenyataan hari ini.


Tegas Anwar, subsidi diesel tidak dihapuskan sebagaimana dakyah pembangkang dan pihak yang tidak bertanggungjawab di media sosial.


Sebaliknya, kata beliau, pengurusan subsidi yang lebih cekap diperkenalkan kepada kumpulan rakyat yang selayaknya. Malah, katanya, Kerajaan masih menanggung sekitar RM7 bilion untuk subsidi diesel di Semenanjung Malaysia.


"Tujuan utama dasar penyasaran subsidi diesel ini adalah memastikan pembaziran subsidi tidak lagi diteruskan sambil memastikan penjimatan mesti dipulangkan kepada rakyat terbanyak.


"Hasil penjimatan daripada penyasaran subsidi ini tentunya akan dikembalikan kepada rakyat dalam bentuk pendidikan, kesihatan, pengangkutan awam dan lain-lain sektor yang memberi dampak terbesar kepada rakyat," ujarnya.


Kata PM, hasil penjimatan subsidi bersasar diesel, Kerajaan memutuskan harga runcit bagi telur gred A, B dan C di seluruh negara.


"Kini, harga runcit bagi telur ayam gred A, B dan C masing-masing kepada 42 sen, 40 sen dan 38 sen sebiji berkuatkuasa mulai Isnin, 17 Jun 2024.


"Penampungan subsidi keperluan makanan rakyat sebanyak 10 sen bagi sebiji telur ayam ini melibatkan perbelanjaan RM100 juta, manakala pada tahun 2023 peruntukan subsidi telur ayam adalah sebanyak RM927 juta.


"Manakala harga runcit bagi telur di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan juga akan diselaraskan mengikut Bahagian dan Zon yang diwartakan," katanya.


Selain itu, Ahli Parlimen Tambun itu juga berkata, Kerajaan masih mengekalkan harga minyak masak sawit tulen kemasan botol pada harga RM6.90 (1kg), RM13.30 (2kg), RM19.60 (3kg) dan RM30.90 (5kg) sejak Kerajaan mengambil alih tampuk kepimpinan meskipun harga minyak sawit mentah (CPO) dunia meningkat melebihi harga ambang RM3,890/mt.


Sebagai contoh, katanya, dengan harga CPO pada bulan Mac RM4,215/mt dan April RM4,256/mt, harga minyak masak sawit tulen 5kg boleh meningkat sehingga RM33-RM35 tanpa subsidi kerajaan.


PM menegaskan, isu terkait kos kehidupan rakyat akan terus ditangani Kerajaan secara lebih proaktif dan berkesan sambil berusaha sebaiknya dalam memampan dampak yang buruk ke atas kehidupan harian rakyat.

0 comments

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page