top of page

Penyaluran Bantuan Khas RM10 juta BERNAS buat pesawah bermula



Bantuan Khas Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) berjumlah RM10 juta bagi tahun 2022 bakal disalurkan secara berperingkat mulai awal tahun 2023.


Hal itu dinyatakan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS), Mohamad Sabu dalam satu kenyataan.


"Bantuan khas BERNAS sebanyak RM10 juta bagi tahun 2022 ini akan diberikan kepada tiga buah negeri di Pantai Timur terlebih dahulu iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.


"Manakala pesawah di negeri-negeri lain akan menerima apabila baki bantuan khas BERNAS berjumlah RM50 juta disalurkan," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Mohamad, pesawah di tiga buah negeri terbabit akan menerima bantuan khas tersebut selewat-lewatnya pada 16 Januari depan.


"MAFS dan agensi di bawahnya sedang memuktamadkan senarai nama dan nombor akaun pesawah di ketiga-tiga negeri bagi memastikan proses penyaluran berjalan lancar.


"Seramai 20,598 pesawah akan menerima manfaat daripada sumbangan BERNAS ini yang berjumlah RM250 bagi setiap pesawah," katanya.


Pada awal Disember lalu, BERNAS bersetuju dengan permintaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya disediakan peruntukan sebanyak RM60 juta bagi membantu pesawah di seluruh negara.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page